Wednesday, February 6, 2013

Step by Step... Sup Ikan Bawal (Simple, Sedap & Harum)



Hari ni nak kongsi resepi sup lagi. Kali ni sup ikan pula. Sedap tau masak sup ikan. Sesuai untuk satu keluarga makan. Tak pedas (kalau nak pedas, sila tambah cili padi atau tambah sambal kicap) dan harum bau supnya. Pastikan juga makan panas-panas, barulah bertambah nasi. 

Untuk masak sup ikan, jangan guna ikan yang kuat baunya. Guna ikan yang tak ada bau hanyir seperti ikan bawal putih dan ikan merah. Masakan ni simple dan tak perlu bersusah-payah untuk menyediakannya.

Bahan-bahan

3 ekor ikan bawal putih saiz sederhana - siang dan bersihkan
(boleh ganti dengan beberapa potong ikan merah)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang dan sebiji bunga cengkih
1 bungkus sup bunjut
sedikit daun sup (hiris halus)
sedikit daun bawang (hiris halus)
garam secukup rasa
air secukupnya

Nota: Boleh tambah kentang dan lobak merah kalau suka. 


Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.



Tambah air secukupnya (2-3 cawan air), biarkan mendidih. Masukkan sup bunjut.



Masukkan ikan dan kacau sesekali sehingga ikan masak (jangan kacau selalu, nanti ikan hancur). Masukkan garam secukup rasa. 



Apabila ikan masak, masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api. 



Hidang dan makan panas-panas dengan nasi putih. Memang sedap dan harum je bau kuah sup ni. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...