Monday, February 25, 2013

Step by Step.. Very Moist Banana Cake (with Pecan & Almond)

Sekarang ni saya jarang-jarang buat kek. Sebabnya, saya tak berapa ada masa nak buat kek. Tambahan pula, saya rasa berat badan makin naik sebab terlebih makan. Kalau buat kek, saya akan jadi 2 kali ganda terlebih makan.
 
Walau bagaimanapun, apabila terbeli sesikat pisang di pasar malam, maka Mr. Hubby mula membuat permintaan. Katanya, nak makan kek pisang. Mr. Hubby juga buat permintaan, supaya kek pisang tersebut letak banyak kacang.

 
 
Maka hasilnya, `Very Moist Banana Cake' (with Pecan & Almond) yang mana saya adaptasi dari blog Bro Rozzan Singapore. Kek Pisang Lembap Bro Rozzan memang amat menawan hati saya. Cumanya, adunan kek Bro Rozzan ini agak banyak. Justeru, saya cuma buat separuh adunan sahaja. Bagi yang nak buat kek lebih besar, bolehlah gandakan adunan atau ikut sahaja backlink yang saya berikan untuk ke blog Bro Rozzan.


 
 
Saya buat untuk sarapan pagi semalam. Sekali hadap memang tinggal separuh kek ni. Memang moist sungguh. Cumanya, kalau tak berapa suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula.
 
 
Bahan-bahan
 
125gm mentega
170gm gula kastor
2 biji telur
1/4 sk garam halus
1/2sk esen vanila
2sb susu cair (sejat)
1 1/2 cawan pisang (dilenyek)
120gm tepung - ayak bersama baking powder & soda bikarbonat
1/2sk baking powder
1/2sk soda bikarbonat
Kacang Pecan & Almond - 50gm (boleh guna apa-apa kacang pun)
sedikit kismis
 
 
Cara-cara
 
Putar mentega dengan gula sehingga kembang. Masuk telur satu persatu dan putar lagi.


 
 
Kemudian masukkan esen, susu dan garam. Gaul rata. Masukkan pisang dan putar lagi sehingga sebati.


 
Masukkan tepung, putar/gaul sebati.


 
 
Masukkan kacang dan gaul (saya tinggalkan sedikit pecan dan badam).




Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilenser. Saya tabur lebihan pecan dan badam serta kismis atas adunan kek. 

 
 
Panaskan oven 180 darjah. Bakar hingga masak. Saya bakar dalam 40-45 minit.


 
 
 
Bro Rozzan letak coklat cair sebagai topping kek, saya cuma paipkan sedikit coklat cair untuk mencantikkan rupa kek.

 
 
Boleh dipotong dan lihatlah hasilnya, sungguh cantik dan moist.


 
 
Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...