Thursday, February 7, 2013

Grilled Cheese Sandwich (Simple & Lazat!)




Masa kat oversea dulu, saya selalu buatkan Hasya `Grilled Cheese Sandwich'. Almaklum keju dan roti memang murah dan senang didapati. Tambahan pula, resepi ni sangat mudah dan sempoi. Hasilnya sungguh lazat. Keju yang cair di tengah-tengah kepingan roti menyebabkan roti ni jadi awesome. 

Kadang-kadang juga, kalau ada bebudak university yang buat kutipan derma kebajikan atau untuk kelab, mereka masak `Grilled Cheese Sandwich' ni di perkarangan kampus. Sandwich ni amat memikat untuk dimakan panas-panas. Cuma guna dua bahan iaitu roti dan kepingan keju. Dan anda cuma perlu ada kuali (dapur juga ye) untuk menyediakan menu mudah ini.

Cubalah, anak anda pasti suka!

Nota: Suami anda juga akan suka hehehehe.

Bahan-bahan

2 keping roti
1 keping keju

Cara-cara

Panaskan kuali atas dapur. Letak sekeping roti.



Kemudian letak sekeping keju atas roti.



Letakkan pula sekeping lagi roti. Biarkan seketika supaya roti bahagian bawah bertukar sedikit perang (jangan sampai hangus).



Terbalikkan dan biarkan sehingga roti yang diterbalikkan ini menjadi perang pula.



Dan siap, boleh dimakan begitu sahaja. Saya potong 4 supaya Hasya senang nak makan.



Lihatlah kecairan kejunya:)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...