Sunday, February 17, 2013

Bun Sosej & Bun Crabstick Lembut dan Gebu...

Sebenarnya hari ni saya nak buat roti sosej berpintal. Tapi tak jadi pula nak pintal doh sebabnya doh yang BM saya uli ni agak lembik. Kepada My Followers yang dah ikut blog saya sejak awal lagi, korang mesti tahu yang saya takkan buang doh roti tak kiralah keras ke, lembik ke. Sebab doh ni lembik (dan tak boleh nak dibentuk), saya letak dalam paper cup je, habis cerita.
 
 
 
Tapi kalau buat bun kosong, macam tak best pula. Tambah-tambahan pula, saya dah celur sosej dan crabstick untuk dipintal dengan roti. Jadi, baik saya gunakan sosej dan crabstick yang ada tu.
 
Meskipun doh ini memang lembik, tapi hasilnya roti yang lembut dan gebu. Seperti biasa, roti di rumah ni memang laku. Si kecik Khayra pun dah sama-sama berebut nak makan roti.
 
 
 
 
Bahan-bahan
 
250gm tepung roti
50gm gula
1sk bread improver
1sk bread softner
1 biji telur
1/2sk garam
1/2 bungkus yis (6gm)
1sb mentega
125ml air sejuk
 
Topping:
 
Untuk Bun Sosej - Sosej (potong kecil), Mayonis dan Mozarella
Untuk Bun Crabstick - Crabstick (potong kecil), Mayonis dan Sos Cili
 
Cara-cara
 
Masukkan semua bahan-bahan dan uli guna BM selama 1 jam 30 minit (function uli). Memang lembik sikit doh yang terhasil. Saya uli-uli seketika meskipun agak melekat-lekat di tangan.
 
 
 
 
Kemudian, saya bahagi 8 dan masukkan dalam paper cup. Selepas itu saya hiaskan dengan sosej dan crabstick.
 
 
 
 
Saya biarkan selama 30-40 minit, sehingga bun naik sekali ganda. Saya paipkan mayonis dan sos cili untuk bun crabstick. Manakala mayonis dan mozarella untuk bun sosej.
 
 
 
 
 
Panaskan oven 160 darjah dan bakar roti 35 - 40 minit. Siap, gebu dan cantik naiknya.
 
 
 
Roti yang lembut.
 

 
 


2 comments:

adda syuhada said...

sedapnya tgk bun tu..terliur..

weezana said...

bagi budak2 makan, tu yg kena menarik rupanya :)