Monday, February 25, 2013

Step by Step.. Very Moist Banana Cake (with Pecan & Almond)

Sekarang ni saya jarang-jarang buat kek. Sebabnya, saya tak berapa ada masa nak buat kek. Tambahan pula, saya rasa berat badan makin naik sebab terlebih makan. Kalau buat kek, saya akan jadi 2 kali ganda terlebih makan.
 
Walau bagaimanapun, apabila terbeli sesikat pisang di pasar malam, maka Mr. Hubby mula membuat permintaan. Katanya, nak makan kek pisang. Mr. Hubby juga buat permintaan, supaya kek pisang tersebut letak banyak kacang.

 
 
Maka hasilnya, `Very Moist Banana Cake' (with Pecan & Almond) yang mana saya adaptasi dari blog Bro Rozzan Singapore. Kek Pisang Lembap Bro Rozzan memang amat menawan hati saya. Cumanya, adunan kek Bro Rozzan ini agak banyak. Justeru, saya cuma buat separuh adunan sahaja. Bagi yang nak buat kek lebih besar, bolehlah gandakan adunan atau ikut sahaja backlink yang saya berikan untuk ke blog Bro Rozzan.


 
 
Saya buat untuk sarapan pagi semalam. Sekali hadap memang tinggal separuh kek ni. Memang moist sungguh. Cumanya, kalau tak berapa suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula.
 
 
Bahan-bahan
 
125gm mentega
170gm gula kastor
2 biji telur
1/4 sk garam halus
1/2sk esen vanila
2sb susu cair (sejat)
1 1/2 cawan pisang (dilenyek)
120gm tepung - ayak bersama baking powder & soda bikarbonat
1/2sk baking powder
1/2sk soda bikarbonat
Kacang Pecan & Almond - 50gm (boleh guna apa-apa kacang pun)
sedikit kismis
 
 
Cara-cara
 
Putar mentega dengan gula sehingga kembang. Masuk telur satu persatu dan putar lagi.


 
 
Kemudian masukkan esen, susu dan garam. Gaul rata. Masukkan pisang dan putar lagi sehingga sebati.


 
Masukkan tepung, putar/gaul sebati.


 
 
Masukkan kacang dan gaul (saya tinggalkan sedikit pecan dan badam).




Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilenser. Saya tabur lebihan pecan dan badam serta kismis atas adunan kek. 

 
 
Panaskan oven 180 darjah. Bakar hingga masak. Saya bakar dalam 40-45 minit.


 
 
 
Bro Rozzan letak coklat cair sebagai topping kek, saya cuma paipkan sedikit coklat cair untuk mencantikkan rupa kek.

 
 
Boleh dipotong dan lihatlah hasilnya, sungguh cantik dan moist.


 
 
Sekian.

Sunday, February 24, 2013

Ikan Siakap Kukus Halia yang harum dan sedap..

 
 
Nampaknya, hujung minggu jelah saya ada masa lebih sikit untuk masak resepi-resepi yang sedap. Itu pun kalau tak kena kerja atau outstation. Untuk hujung minggu ni saya masak `Ikan Siakap Kukus Halia'. Resepi ni memang mudah, main campak-campak je. yang paling penting anda perlu ada periuk kukus atau peralatan untuk mengukus. Lain-lain bahan, kalau takde pun, boleh beli di kedai runcit.
 
Resepi ni saya jumpa masa jalan-jalan rumah Yatiememories. Yatie cakap resepi ni `sedap sangat' dan `memang best'. Trust me, Kata-kata yatie memang betul! Sedap tau! Mr. Hubby cakap, lain kali boleh masak lagi sebab masakan ni memang taste dia.
 
 
Bahan-bahan
 
1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan saya potong 2 sebab periuk kukus saya tak besar mana.
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus - saya tak letak
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air
 
Cara-cara
 
Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pinggan.
 
 
 
 
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata. Tuang di atas permukaan ikan. (Saya tak gaul pun dalam mangkuk, saya main campak je atas ikan).
 
 
 
 
Panaskan air dalam periuk kukus dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak.
 
 
masa mula-mula masuk dalam periuk kukus

ikan sudah masak
 
 
Sila makan dengan nasi putih.
 
 

Ouch! Sungguh lazat!
 
 
Sekian.
    

Saturday, February 23, 2013

Step by Step... Funnel Cake



Tak tahu kenapa pagi-pagi ni saya terfikir nak buat Funnel Cake. Dan saya pun tak tahu kenapa tahun lepas (2012) saya tak buat Funnel Cake. Sedangkan Funnel Cake ni adalah salah satu makanan kegemaran Hasya. Mungkin kerana sepanjang tahun lepas, saya terlalu sibuk mencuba resepi-resepi baru.....
 
Oleh yang demikian, pagi-pagi ni saya mulalah mencari-cari entry tahun 2011 yang saya buat tentang Funnel Cake. Masa kali pertama buat kek ni, saya tak ada acuan corong/funnel tu. Teringat lagi yang saya paip lepas letak adunan dalam plastik. Lepas jumpa entry tu (klik sini untuk baca), saya tunjuk kat Hasya dan tanya dia, "nak tak makan kuih ni?" dia jawab "Nak!" Dan saya pun keluarkanlah corong/funnel yang saya beli tahun lepas kat Ikea.


 
 
Jom lah tengok resepi mudah ni.
 
 
Bahan-bahan (untuk 4-5 Funnel cake)
 
1 1/4 cawan tepung gandum
sebiji telur
2 sudu besar gula
1/4 sk garam
2/3 cawan susu segar
1sk baking powder
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
 
Nota: Sila tambah susu sekiranya adunan agak keras. Saya pun tambah lagi susu. Nanti saya terangkan lanjut.
 
 
Cara-cara
 
Campur je semua bahan dalam mangkuk adunan.


 
 
Kacau sebati.


 
 
Kalau adunan agak keras, tambah susu sedikit demi sedikit. Adunan seharusnya agak cair (jangan cair terlampau). Kalau tak cair, macam mana nak lalu dalam corong/funnel.


Cair macam ni la
 
 
Panaskan minyak dan masukkan adunan dalam corong/funnel.



 
 
Corongkan adunan apabila minyak panas. Buatlah corak suka hati asalkan anda gembira. Api jangan besar, sederhana kecil dah ler.


 
 
Setelah keperangan, balikkan funnel cake anda. Biarlah perang kedua-dua belah.


 
 
Angkat, toskan dan kemudian boleh tabur gula aising atas Funnel Cake.


 
 
Makan panas-panas sebab kalau tak panas, tak rangup la. Masa untuk makan dan bernostalgia. Hasya makan 2 keping Funnel Cake.





 
 
Nota: Saiz acuan funnel tu sebenarnya ikut suka. Saya cuba kedua-dua acuan funnel yang saya ada, ok je hasilnya.

Sekian.
 


Thursday, February 21, 2013

Premium Water Chalet di Lexis, Port Dickson

Last month saya ada ke Lexis, Port Dickson (entry ini sungguh tergendala). Ini adalah kali kedua saya menginap di Lexis, PD. Juga kali kedua untuk urusan mesyuarat kerja. Kali pertama ke Lexis Oktober tahun lepas, saya menginap di Bilik Premium Tower Seaview (klik sini untuk cerita selanjutnya tentang bilik premium tower). Kali kedua ni, saya menginap di Premium Water Chalet.


Premium Water Chalet ni semestinya lebih cantik daripada bilik di tower hotel. Semestinya juga chalet ini berada di atas air.




Paling menarik, dalam bilik ada panel kaca atas lantai yang mana saya boleh melihat air laut menerusi panel kaca tersebut. 





Ada 2 panel kaca, satu di hujung katil dan satu lagi berdekatan tub mandi.





Ada 2 buah katil dalam setiap Premium Water Chalet ni iaitu sebuah katil bersaiz King dan sebuah katil bersaiz Queen.




Sama seperti bilik Premium Tower, di Water Chalet ini juga ada tub mandi yang luas dan shower yang berasingan.




Dari beranda boleh melihat Selat Melaka dan sebenarnya memang berada atas  lautan yang mengalir ke Selat Melaka.




Mesyuarat yang saya hadiri ni ada majlis makan malam. Tema makan malam ni `Merah Hitam'.



Ladies in Red & Black

Menunya ala Chinese.




Ini appetizer.




dan menu-menu seterusnya (hahaha, saya tak ambil semua foto sebab saya lapar dan terlupa).


sup

ayam yang hampir licin

2 ekor je udang

Kesimpulannya, cantik juga Lexis PD ni. Cuma lagi best kalau dapat duduk di Grand Lexis. Sebab di Grand Lexis, setiap bilik ada private swimming pool :)

Sunday, February 17, 2013

Bun Sosej & Bun Crabstick Lembut dan Gebu...

Sebenarnya hari ni saya nak buat roti sosej berpintal. Tapi tak jadi pula nak pintal doh sebabnya doh yang BM saya uli ni agak lembik. Kepada My Followers yang dah ikut blog saya sejak awal lagi, korang mesti tahu yang saya takkan buang doh roti tak kiralah keras ke, lembik ke. Sebab doh ni lembik (dan tak boleh nak dibentuk), saya letak dalam paper cup je, habis cerita.
 
 
 
Tapi kalau buat bun kosong, macam tak best pula. Tambah-tambahan pula, saya dah celur sosej dan crabstick untuk dipintal dengan roti. Jadi, baik saya gunakan sosej dan crabstick yang ada tu.
 
Meskipun doh ini memang lembik, tapi hasilnya roti yang lembut dan gebu. Seperti biasa, roti di rumah ni memang laku. Si kecik Khayra pun dah sama-sama berebut nak makan roti.
 
 
 
 
Bahan-bahan
 
250gm tepung roti
50gm gula
1sk bread improver
1sk bread softner
1 biji telur
1/2sk garam
1/2 bungkus yis (6gm)
1sb mentega
125ml air sejuk
 
Topping:
 
Untuk Bun Sosej - Sosej (potong kecil), Mayonis dan Mozarella
Untuk Bun Crabstick - Crabstick (potong kecil), Mayonis dan Sos Cili
 
Cara-cara
 
Masukkan semua bahan-bahan dan uli guna BM selama 1 jam 30 minit (function uli). Memang lembik sikit doh yang terhasil. Saya uli-uli seketika meskipun agak melekat-lekat di tangan.
 
 
 
 
Kemudian, saya bahagi 8 dan masukkan dalam paper cup. Selepas itu saya hiaskan dengan sosej dan crabstick.
 
 
 
 
Saya biarkan selama 30-40 minit, sehingga bun naik sekali ganda. Saya paipkan mayonis dan sos cili untuk bun crabstick. Manakala mayonis dan mozarella untuk bun sosej.
 
 
 
 
 
Panaskan oven 160 darjah dan bakar roti 35 - 40 minit. Siap, gebu dan cantik naiknya.
 
 
 
Roti yang lembut.