Thursday, October 9, 2014

Happy 3rd Birthday Khayra.. with Kek Coklat Kukus Moist

9 Oktober datang lagi. 



Hari ini hari jadi Khayra.. Tahun ini adalah tahun yang ke-3 :)

Memandangkan saya masih dalam maternity leave, justeru saya ada sedikit lebihan masa menyiapkan kek buat birthday girl Khayra. Kek pilihan saya ialah Kek Coklat Kukus Moist. Ye, jangan tak percaya, saya akan buat kek kukus bukan kek bakar. 



Sebabnya, ramai blogger yang dah cuba buat kek ni. Mereka kata senang dan menjadi. Moist dan disukai ramai. Maka, kenapa tidak mahu mencuba? Tentunya saya mahu. Bahan-bahannya juga tidak susah dicari. Ada dalam simpanan stok di dapur. Jadi, memang confirmlah saya akan buat kek ni untuk Khayra.

Sebelum kita pergi step-by-step, kita layan dulu foto-foto majlis hari jadi yang simple ini. Kami sambut anak-beranak je.











FYI, kek ni memang menjadi pujaan budak-budak dan penggemar coklat. Sila cuba sebab memang mudah dan sedap. Terima kasih kepada empunya resepi Cikgu Suraya

Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apapun) 
1 cawan gula pasir 
1 cawan susu cair 
1 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu pekat 

Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh bikarbonat 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh esen vanilla 
3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara

Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.


 
Putar telur sampai betul-betul kembang kemudian masukkan bahagian A. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. 




Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Putar sebati.



 
Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Apa-apapun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

Nota: Saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.




Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.



Kek yang dah siap. Tanpa topping.



Bahan-bahan untuk topping (choc ganache) - saya buat separuh adunan 
daripada adunan di bawah ni.

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.. 

Cara saya:

Saya masukkan semua bahan dan kacau sebati atas api kecil. Kemudian, saya tuang choc ganache secukupnya atas kek. Selepas tu, saya parut coklat masakan dan coklat putih masakan atas kek. 


Hasil selepas memarut coklat. 

Selepas itu pula, untuk menaikkan seri kek, saya tambahlah M&M. Maka berseri-serilah Kek Coklat Kukus Moist ini.. :D

Hasil selepas menambah M&M

Akhir kata, Selamat Hari Jadi buat Cik Khayra Aleesya.. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia my cute princess ini... 

Sekian.

4 comments:

Unknown said...

ayu pandai bakaq je kek..
kalau buat kukus mcm takmnjadi je...
kat umah ni bkn nak makan kek kukus

weezana said...

akak pun x pandai buat kek kukus. tapi x sangka, yang ni menjadi dgn cantiknya...

safya saufi said...

sdap..kek kukus mmg sng buat..x rsau hangit..

weezana said...

betul tu safya :)