Friday, October 10, 2014

Basic Whole Roasted Chicken.. Khayra's Birthday Dinner

Assalamualaikum.

Semalam saya dah share tentang Birthday party simple yang kami buat untuk Khayra Aleesya. Entry hari ini pula tentang resepi `Ayam Panggang Paling Basic' yang mana telah kami hidangkan sebagai makan malam semasa menyambut hari jadi little princess ini. 



Resepi ini saya ambil dari Resepi Chow. Meskipun hasil ayam yang dipanggang sedap dan juicy, namun ia tidak dapat menandingi beberapa resepi ayam panggang yang pernah saya post sebelum ini. Almaklum, apabila resepi ini adalah resepi `basic' maka, rempah-ratusnya berkurang dan rasanya pun tidaklah setara dengan resepi yang menelan belanja yang lebih sedikit.



Wow factornya adalah apabila resepi ini `basic', maka amat mudah, tidak remeh dan jimat belanja. 

Saya juga masak ayam ni kurang sedikit masa. Sepatutnya biar lama sikit supaya warna ayam ni lebih awesome. Biasalah, `Maafkan Aku Tak sempurna'. Hehehehe...


Bahan-bahan 

Ayam seekor
1sb minyak zaitun
garam secukupnya
lada hitam yang dikisar kasar
lemon -hiris
2 ulas bawang putih - ketuk = yang ni saya memandai tambah
thyme, rosemary dan parsley - nak buat macam mana, pakai yang kering je la.


Cara-cara

Kalau ada masa, boleh marinade dulu. Caranya, sapu ayam dengan minyak zaitun terlebih dahulu. Lepas tu gaullah semua bahan-bahan pada ayam. Masukkan lemon dan bawang putih dalam ayam tu. Ayam tu letak, dada ke atas.

Nota: Letak bahan-bahan dengan generously (ini nasihat dari website Chow tu). 

Lepas tu masukkan ayam dalam peti sejuk (kalau semalaman lagi awesome).




Bila dah agak-agak nak bakar, keluarkan jelah. Lepas tu letak kentang dan carrot. Gaul sikit garam pada ubi-ubi tersebut. 




Panaskan oven 220 darjah. Bakar ayam selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 190 darjah, bakar lagi selama 50 minit hingga 1 jam. 




Nota: Ini yang saya spoiled. Patutnya saya masak lama sikit. Baru kulit ayam cantik warnanya.

Ayam sudah pun masak. Potong-potong untuk dimakan.





Sekian.

No comments: