`Si Tou Timou Tumou Tou', sebuah falsafah hidup masyarakat Minahasa bermaksud, "Manusia hidup untuk memanusiakan orang lain."
Hari ke-5 di Kota Manado, Sulawesi Utara. Esok saya akan terbang pulang ke tanah air tercinta. Hari ini kami akan dibawa menaiki bas melawat keindahan alam di kawasan pergunungan Sulawesi Utara.
Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak ke kaki Gunung Soputan, Daerah Minahasa yang jaraknya kira-kira 55km dari Kota Manado.
|
Bekal bun dari Holland Bakery |
Perjalanan yang berliku-liku menerusi kawasan desa dan pergunungan menyebabkan kepala pening seketika. Destinasi pertama adalah Bukit Kasih. Seindah namanya, Bukit Kasih merupakan lambang hidup aman-damai dan kerukunan antara masyarakat pelbagai agama di Minahasa.
|
Tugu di Dataran Bukit Kasih |
|
bergambar kenangan di dataran Bukit Kasih |
|
Bersama kawan kami, Mario, orang Minahasa |
|
Nun jauh di atas bukit terletaknya Gereja, Masjid, Tokong dan Kuil |
Terdapat 2 ukiran kepala patung pada bukit ini iaitu patung kepala Toar dan patung kepala Lumimu'ut. Rasa macam kat Mount Rushmore hehehe...
|
Berlatarbelakangkan Patung Kepala Lumimu'ut |
|
Lumimu'ut |
|
Satu kepala lagi terlindung sedikit di sebelah kiri |
Mendaki ke atas bukit, terasa kepanasan asap belerang dari kawah gunung berapi.
|
Lubang yang mengeluarkan asap belerang |
|
kawah gunung berapi |
|
bersama Mr. Phang dari TV Cambodia |
|
bergembira di bukit kasih |
|
adik-beradik sama Kementerian: RTM, IPPTAR & SKMM |
|
Air panas yang mengalir |
Asap belerang memenuhi ruang udara di bukit ini. Pada kaki bukit terdapat tempat untuk pengunjung mendapatkan khidmat urut dan rendam kaki (air dari belerang gunung berapi yang panas). Malah anda juga boleh mengurut badan di sini.
|
kaki bukit |
|
Tempat Urut Badan |
|
Dr. Rita sedang merendam kaki |
|
di tempat rendam kaki berlatarbelakangkan Bukit Kasih |
Ada juga dijual telur dan jagung bagi pengunjung yang ingin merebus telur atau jagung tersebut menggunakan air panas yang mengalir dari puncak gunung ini.
|
Jagung & telur |
Juga boleh membeli cenderahati untuk dibawa pulang.
|
Penduduk tempatan menjual cenderahati seperti topi dan rantai |
Kami kemudiannya dibawa ke Gardenia Country Inn untuk makan tengah hari.
Sejurus tiba di Gardenia, mata terus terpaku melihat keindahan resort ini. Sungguh indah sekali seperti berada di taman bunga.
Berlatarbelakangkan gunung berapi Lokon, Gardenia merupakan resort yang semestinya dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Pemandangan sekitar sungguh mempesonakan.
|
Sangat Indah |
Maka, makan tengah hari di sini memberikan pengalaman yang cukup unik dan indah.
|
sayur |
|
ikan woku |
|
ayam bakar |
|
udang |
|
tomyam ikan |
|
tak sabar nak makan, posing jap |
|
bakwan jagung |
Tambahan pula, apabila buat pertama kalinya kami dapat merasa keenakan klappertart iaitu manisan yang amat popular di Sulawesi utara ini.
|
Mario dengan Klappertart |
|
wow |
|
pudingkah? |
|
dato' adilah dan klappertart |
|
Dr. Rita berposing sebelum pulang |
Pada penghujung lawatan ini, kami dibawa ke Bukit di perumahan Citraland. Di sini terletaknya monumen Yesus Meberkati. FYI, majoriti penduduk di Sulawesi Utara ini menganut agama Kristian. Justeru, monumen setinggi 50 meter ini (katanya monumen Jesus yang tertinggi di Asia) melambangkan anutan agama penduduk di sini.
|
Monumen Yesus Memberkati |
Sebenarnya, masih terlalu banyak kawasan-kawasan pelacongan yang indah untuk dilawati di Sulawesi Utara ini. Atas faktor kekangan masa, saya tidak berkesempatan untuk ke Taman Nasional Bunaken dan juga melihat keindahan Pantai Malayalang. Saya juga tidak sempat mengambil gambar gerai-gerai yang menjual menu makanan esotik (sangat popular di sini) seperti ular, tikus, anjing dan babi liar.
Hari ke-6 akhirnya tiba jua. Tibalah hari untuk kami mengucapkan selamat tinggal untuk bumi Manado ini. Terima kasih atas segala keindahan alam, kelazatan makanan dan kemesraan yang telah diberikan sepanjang kami di sini.
|
lapangan terbang Sam Ratulangi |
Manado, semoga kita dapat bertemu lagi!