Sunday, April 21, 2013

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes.. (Sangat Suka!)

Dah lama saya cari resepi kek cawan Vanilla yang lazat. Masa di US dulu ada sekali saya buat Vanilla Cupcakes ikut resepi di MyResepi. Tapi kek cawan tu tak moist, tak gebu dan biasa-biasa sahaja. Bila makan seketul, tak rasa nak makan ketul yang kedua. Hmmm.....




Saya mahukan kek cawan yang bukan sahaja gebu, malah moist, manis, terasa vanillanya, sedap dan berkrim. Saya tak nak kek cawan yang rasa biasa-biasa sahaja. Saya nak yang luar biasa. Biarlah semasa gigitan pertama, saya akan berasa kagum. Come on, surprise me!





Apabila saya terjumpa resepi Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes di blog Azie Kitchen, saya amat teruja nak mencuba resepi ini. Saya amat berharap agar kek cawan ini dapat menepati citarasa saya. Dan hujung minggu ini saya gunakan untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah, kek cawan ini amat lazat. Memang menepati citarasa saya dan saya sangat suka!

Bahan-bahan

3/4 cawan  butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.





Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.


adunan dah siap

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.





Nota: Saya bakar 20-22 minit. Masa bakar adalah bergantung kepada saiz cup dan kepanasan oven masing-masing.




Kalau suka boleh letak frosting, tapi saya rasa kek cawan ini telah sempurna. Maka, frosting hanya akan menyebabkan rasanya kurang sedap. 

Oleh kerana dapat banyak, saya bakar 2 kali. Untuk pembakaran kali kedua ini saya tambah 1sk serbuk koko dalam lebihan adunan untuk buat choc cupcakes. 





Bahagian atasnya saya letak sedikit biskut oreo yang dah dihancurkan.




Si Vanilla kini bergabung dengan Si Coklat...






Suka sangat!


Khayra Comot dengan Spaghettinya..

Hari ni tengah hari masak spaghetti je. Sebabnya malas dan kebetulan Hasya pun nak makan spaghetti. Ini juga kali pertama Khayra nak cuba makan spaghetti. Harap-harap dia suka. Dan setelah dia rasa, memang dia suka. Cumanya, dia tak nak disuap. Dia nak makan sendiri.









Comotkan?

Sekian.

Friday, April 19, 2013

Step by Step... Tomyam Putih Sotong (Macam Kat Kedai)

Selalunya kalau makan tomyam, kuahnya berwarna kemarah-merahan. Masak tomyam merah ni bukannya susah. Masuk sekiub dua, kiub tomyam Knoor, dah jadi dah tomyam anda. Tapi ada juga restoran yang menyajikan kuah tomyam berwarna putih. Kuah yang warna putih ni pun sedap juga. Jadi, nak cuba masak sendiri tomyam putih. 

Tapikan, semakin banyak pula blog yang saya baca bercerita tentang `kalau makan, jangan campur makanan laut dengan makanan darat'. Kebetulan pula 2 minggu lepas semasa berkursus, fasilitator pun beri nasihat yang sama. Malah dia beri contoh pula. Katanya, tomyam adalah masakan kegemaran rakyat Malaysia yang paling berbahaya. Sebabnya, kita campur semua benda, tak kira laut dan darat dalam tomyam tu (maka, jadilah tomyam campur). 




Atas kesedaran untuk mengamalkan diet yang lebih sihat tanpa mencampurkan ion-ion positf dengan negatif ini, maka saya masak Tomyam Putih Sotong. Hah, ada sotong je. Jadi, takde bercampur-baur. Tapi saya pakai sekiub pati ayam Maggi. Kira macam taruk ayam juga ke tak? Ke kiub ni macam perisa je? hehehe.... 

FYI, resepi diadaptasi dari Miss Cha Cecite Belog.

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan)

4 ekor sotong saiz besar (cuci dan potong bulat)
Air Rebusan kulit ayam - saya guna 1 kiub pati ayam
2 Batang serai
1 Biji Bawang Holland (dihiris) - saya guna bawang merah besar
Daun Ketumbar - hiris halus
3 biji Cili Padi
1 Biji Tomato - potong 4
2 sudu besar Sos Ikan
1 Biji Limau Nipis (Potong 2)- saya pakai separuh je
2 Tangkai Daun Limau - saya guna 5 helai (hiris nipis)
Gula secukup rasa - saya letak 1sk
Garam secukup rasa (tak perlu byk sebab sos ikan dah masin)


Cara masak

Rebus kulit ayam terlebih dulu sampai minyak ayam keluar. Nota: Sebab saya tak pakai ayam, jadi saya panaskan 3-4 cawan air dan masukkan 1 kiub pati ayam. Saya masukkan juga 1sk minyak masak. 


Setelah mendidih, masukkan bawang, serai , sos ikan , daun ketumbar (kebetulan takde stok, saya guna ketumbar flakes), cili padi, garam dan gula, 1/2 biji limau nipis diperah.




Masukkan sotong.




Pastikan gula, garam dan masam dah cukup. 
Masukkan tomato, daun limau.




Rasa2 dah ok, tomato dah lembik sikit boleh tutup api.





Hidang dan sungguh sedap dimakan dengan nasi putih. 





Betullah rasa macam makan kat kedai. 

Wednesday, April 17, 2013

Ikan Siakap Masak 3 Rasa



Teringin nak masak Siakap 3 Rasa. Sebabnya, Siakap 3 Rasa memang merupakan antara menu kegemaran kami sekeluarga. Tapi sebelum ni tak pernah masak sendiri. Jadi, teringin sangat nak masak sendiri. Kebetulan dalam peti sejuk ada ikan siakap. Maka, inilah masa paling sesuai untuk masak Ikan Siakap 3 Rasa.

Hmm.. Agak remeh juga nak masak Siakap 3 Rasa ni. Sebabnya macam-macam juga bahannya. Tapi berbaloi juga sebab memang sedap. Mr. Hubby suka, Hasya suka dan saya pun suka. Tapi serius memang banyak bahan hehehehe... Oleh kerana siakap tak mahal sangat harganya, jadi baik buat sendiri daripada makan di restoran. Boleh makan banyak (buat ler 2-3 ekor) dan boleh jilat tulang-tulangnya sekali hehehehe...





Bahan-bahan

Seekor siakap (bersihkan) 
Tepung jagung secukupnya
Sedikit garam

1 biji bawang besar/bawang merah besar (potong dadu) 
3 ulas bawang putih (titik) 
1 inci halia - hiris
1 batang serai (titik)

5 batang cili padi - potong kecil
1 biji tomato -potong dadu
2 batang cili merah (hiris)
nenas dalam tin - potong kecil (kalau beli yang bulat-bulat tu, gunalah dalam 3-4 keping)



                                                                                                                                   
2sb sos tomato
2sb sos cili
1sb sos tiram
1sb sos ikan
sedikit air

5 helai daun limau purut (hiris halus)
sedikit daun sup (hiris kecil)
gula dan garam secukupnya


Cara-cara

Lumurkan sedikit garam pada ikan. Salut dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. 

Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, cili padi, serai dan bawang putih sehingga berbau wangi.




Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, sos tiram dan sedikit air (boleh guna air jus nenas dalam tin tu). Kacau seketika.




Masukkan bawang besar, nenas, tomato dan cili merah. Kacau sekata. Kalau perlu lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Tambah garam dan gula secukupnya dan letak daun limau purut.




Biarkan mendidih dan dah masak le tu. Tabur daun sup. 




Tuang kuah sos ni atas ikan.




Nampak sedap kan? Memang sedap tau. :)




Sekian.

Sunday, April 14, 2013

Belajar buat Macaroni Baked Cheese

Kalau nak gembirakan hati budak-budak, kita kena langkaukan fikiran kita luar dari kotak. Thinking outside the box gitu. Maka, dalam menyediakan sarapan, brunch atau lunch di hujung minggu juga menuntut kita untuk berfikir di luar kotak. Maksudnya kalau masak nasi dengan sup ayam tiap-tiap hujung minggu, budak-budak pastinya dah takkan teruja. Bapak budak lagilah, langsung tak ada keterujaannya.

Maka juga, hari ini saya  memikir dan mencari resepi masakan yang berada di luar kotak tersebut. Akhirnya mata, hati dan minda saya tertumpu pada resepi Makaroni Bakar dari Sarah Liyana




Oleh kerana Sarah Liyana dapat 3 loyang Makaroni Bakar ni, maka saya rasa saya perlu kurangkan sukatan. yelah berlebih-lebih pula untuk kami makan 3 + 1 orang. jadi, saya cuma buat 1/2 sukatan. Seperkara lagi, saya tak letak lobak merah dan kacang buncis. Sebabnya, saya tak suka vege dan malas nak asing-asingkan nanti. Kepada yang suka makan sayur maka, masukkanlah lobak merah dan kacang buncis ye. 




Resepi ni sedap dan habis dimakan oleh Mr. Hubby dan hasya. Hasya tambah 3 kali. Kan betul, sungguh gembira hati budak-budak. FYI, Khayra si kecik pun makan Makaroni ni.


Bahan-bahan

125gm Makaroni
200gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu (saya kisar)
2 ulas bawang putih - cicang (saya kisar)
1/2sb serbuk kari daging
1sb sos cili
1/2 sb sos tomato
2 biji telur
1sb mentega untuk tumis
1/2 cwn susu segar

Keju Mozarella secukupnya

Bahan Sos Putih
200ml susu segar
1sb tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam dan garam
sedikit butter untuk tumis


Cara-cara

Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.




Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.





Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis. 




Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata. 




Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.




Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi. 




Tuangkan sos putih.




Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella.




Panaskan oven 180 darjah. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.




Sedap dimakan panas-panas. 







Tapi bila dah sejukpun habis dimakan Hasya.


Tinggal sikit je sebelum diperhabis oleh Hasya

Yes, Saya dah berada di luar kotak `nasi' hehehe.....