Kepada kengkawan serta pelawat Life is Colorful yang tidak ada oven, hari ini saya nak berkongsi resepi cara buat kek sedap yang dibakar tanpa oven. Kek ini bakar guna microwave atau bahasa Melayunya `ketuhar mikro'.
Penyediaan dan membakar kek ini memang super-duper mudah sebabnya amat cepat siap dan cepat pula boleh dimakan. Anda cuma perlu beberapa minit (5 minit je tau!) untuk penyediaan dan pembakaran kek ini. Tanpa oven, tanpa mixer dan tanpa loyang! Anda cuma perlu sediakan mug dan garfu! Wow sungguh marvelous kan?
Resepi ini saya adaptasi dari blog babble. Menurut Babble, hasilnya adalah 'beyond amazing'. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa, `beyond amazing' adalah frasa yang amatlah tepat untuk menggambarkan mug cake ini. Terima kasihlah buat Babble meskipun Babble tentu sekali takkan faham apa yang saya tulis ni. Walau bagaimanapun, Babble boleh gunakan google translator kalau nak baca juga puji-pujian saya ini hehehehe....
Resepi ini saya adaptasi dari blog babble. Menurut Babble, hasilnya adalah 'beyond amazing'. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa, `beyond amazing' adalah frasa yang amatlah tepat untuk menggambarkan mug cake ini. Terima kasihlah buat Babble meskipun Babble tentu sekali takkan faham apa yang saya tulis ni. Walau bagaimanapun, Babble boleh gunakan google translator kalau nak baca juga puji-pujian saya ini hehehehe....
Bahan-bahan (saya bahagikan semua bahan kepada 2 bhgn sbb saya guna 2 mug)
4 sudu makan tepung naik sendiri
4 sudu makan gula (saya kurangkan jadi 2 sudu makan shj, 1 sudu makan utk setiap mug)
1 biji telur
3 sudu makan serbuk koko (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan nutella (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan susu segar
3 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun
Nota: Resepi kek omputih selalunya memang manis sangat! Selalunya juga saya akan kurangkan sedikit sukatan gula.
Cara membuatnya
Gabungkan semua bahan dalam sebiji mug yang besar. Walau bagaimanapun, saya guna 2 biji mug. Mula-mula saya masukkan tepung naik sendiri. 2 sudu makan setiap mug.
Lepas tu saya masukkan gula. Cuma 1 sudu makan setiap mug. Saya kacau telur dalam mangkuk kecil. Lepas tu saya bahagikan separuh bahagian telur untuk setiap mug.
Saya masukkan pula serbuk koko. Saya guna cuma satu sudu makan bagi setiap mug.
Langkah seterusnya, saya masukkan satu sudu makan Nutella setiap mug.
Masukkan susu segar (1 1/2 sudu makan setiap mug) dan minyak sayuran/olive oil (juga 1 1/2 sudu makan setiap mug). Kemudian kacau sebati guna garfu sahaja. Anak dara saya sibuk nak menolong.
Masukkan ke dalam Microwave dan setkan suhu tinggi pada microwave anda. Saya set suhu 250 darjah pada microwave saya, kalau microwave yang guna high-low, sila setkan `high'. Masak 1 1/2 - 3 minit. Saya masak 3 minit tapi saya rasa sebenarnya 2 1/2 minit dah cukup kot hehehehe.
Nota: Tempoh memasak bergantung kepada suhu microwave anda.
| Dah masak! |
Super mudah kan? Bila dah masak, anda boleh tambah whipped cream dan coklat cair sebagai penyeri dan penambah rasa.
Saya pun bagilah satu mug kepada Mr. Hubby. Dia cakap "tak nak" sebab dia ingat saya buat air panas. Saya jawab, "tak nak sudah." Tetiba je dia mintak Nutella Mug Cake ni apabila dia realize yang sebenarnya saya tengah makan kek kikikiki...
| Nak sikit ke? |
| Tamat |