Assalamualaikum..
Sebenarnya juga, saya pernah post resepi Puding Roti bersos kastard sebelum ni. Bezanya kali ini saya buat separuh adunan. Jadi, tak le dapat banyak. Cukup-cukup untuk jadi pembuka selera. Kalau buat banyak, nanti banyak ler pula makannya.
Saya berpendapat, half portion ni lebih ideal untuk 3-4 orang makan. Kali ini juga, saya guna susu segar sahaja dan tambah choc chips (ganti kismis).
Bahan-bahan
A
4 keping roti Gardenia
Susu segar 250ml
B
1 sudu besar mentega dan cairkan atas api
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar chocolate chips
sedikit kepingan badam untuk ditabur di atas puding
C (sos kastard)
1/2 cwn susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
Cara-Cara
Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.
rendam 30 minit |
Bahan B (kecuali choc chips dan badam) kacau dan gaulkan hingga sebati dan kemudian tuang ke atas roti yg direndam tadi.
Kemudian taburkan choc chips dan badam atas adunan tadi.
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak, api 180 darjah celcius. Masa tengah panas, memang puding ni naik. Tapi bila dah sejuk, dia turun sendiri. Moralnya: Jangan panik:D
masa bakar, puding naik dengan cantik |
Kuah kastard pula, cuma campurkan Bahan C dan masak atas api sederhana hingga agak pekat. Tuangkan ke atas puding roti tadi apabila nak makan. Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk.
Nota: Kalau kuah kastard tu macam pekat sangat masa nak makan, tambah sedikit susu segar dan kacau sebati. Cair ler sedikit jadinya.
juadah berbuka... |
Sekian.
No comments:
Post a Comment