Assalamualaikum..
Sebenarnya saya ada pot luck hari ni. Tapi, saya memang tak sempat nak fikir atau beli apa-apa. Saya juga tak tahu sama ada saya ada bahan untuk masak sesuatu. Maka, setelah menyelongkar stok, terhasillah jua sebiji kek yang agak comel dan comot rupanya.
Kek hasil bangun pukul 2 pagi.. (edisi Mata Panda) |
FYI, ini adalah kek pertama yang dibakar di dapur `white zone' saya. Ya akhirnya, white zone ini berbau keharuman kek yang dibakar....
Resepi yang saya guna sebenarnya saya pernah buat sebelum ni. Cuma, sebelum ni saya guna Cherry filling. Jadi nama kek tu Butter Cherry Cheesecake. Sebab kali ni saya guna Strawberry filling, jadi nama kek berubah secara automatik. Butter Strawberry Cheesecake lah nampaknya.
Bahan-bahan
200 gm butter
250 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum
250 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder
1 sk baking powder
Beberapa biji buah Strawberry (dalam tin, saya guna yang dikhususkan untuk pie filing)
Cara penyediaan
Pukul butter, krim keju dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati.
Adunan yang siap dimasukkan dalam loyang pilihan (saya pakai loyang bulat 8 inch) dan susun strawberry filling atas adunan.
Bakar adunan dengan suhu 165 darjah selama 60 minit atau sehingga masak kerana kepanasan setiap oven adalah berlainan. Kalau cucuk tengah, tak melekat, maksudnya dah masak.
White Zone Kitchen |
Dah masak |
FYI, sebab saya guna loyang 8 inci yang tinggi, maka waktu pembakaran agak lebih. Dalam 1 jam 20 minit.
Boleh makan kek sambil dengar lagu...
I made the decision that I can’t be with you...
I came out the door, but I already miss you...
Saya pun tak pasti, sedap ke tak kek kali ni. Saya terlupa nak rasa sebab banyak makanan lain. Normallah kalau teruja nak makan masakan orang lain kan? agaknya sedaplah kot, sebab tengok macam dah abis hehehe...
Akhir kata, cantikkan design cake stand ni? :D
Akhir kata, cantikkan design cake stand ni? :D
Sekian.
No comments:
Post a Comment