Tuesday, June 23, 2015

Asam Rebus Udang (Cepat dimasak, sedap dimakan)

Assalamualaikum...



Saya guna udang harimau, jadi, memang sedap rasa masakan ni. Rasa masam, manis dan pedas-pedas sikit. Yang penting amat mudah disediakan dan cepat dimasak. 



Bahan-bahan

3 ekor udang harimau (boleh guna udang lain pun)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas cili padi (hiris)
Sebatang serai (ketuk)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perisa kalau suka


Cara-cara

Panaskan air dalam kuali/periuk sehingga mendidih. Masukkan serai dan asam keping. 



Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Biarkan seketika.



Masukkan cili padi. Selepas itu baru masukkan udang. Kacau sesekali sehingga udang masak. Masukkan garam secukup rasa. Boleh masukkan serbuk perisa, kalau suka.




Kalau udang dah masak, maka dah masak ler asam rebus udang ni. Cepat kan?



Sekian.

4 comments:

Han Hanni said...

simple.
yang pasti sedap dan senang nak masak

weezana said...

Ya cik hani.

Simple je nak masak ni.. sedap makan panas2.

chedacheyu said...

Boleh cuba sebab tak pernah makan asam rebus udang

weezana said...

cubalah chedacheyu.. sedap:)