Kalau kita makan buffet di hotel, selalunya pasti ada `puding roti dgn sos kastard' dalam senarai desserts. Apa kata kita belajar buat sendiri? Lagi best sebab boleh makan bila2 dan boleh tambah bahan2 sesuka hati kita.
Selepas menggogle beberapa resipi `Puding Roti', sayapun cubalah menghasilkan `puding roti' hasil tangan sendiri. Kebetulan parents ada di rumah, jadi bertambah `tukang makan' di rumah ni. Tak adalah perlu simpan dessert hingga berhari-hari.
Bahan-bahannya
A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500ml (saya guna fresh milk jenama Dutch Lady)
B
2 sudu besar mentega dan cairkan atas api (saya guna farmcows)
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar kismis (ikut suka)
sedikit kepingan badam untuk ditabur di atas puding
C (sos kastard)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
Cara membuatnya
Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.
Bahan B (kecuali kismis dan badam) kacau dan gaulkan hingga sebati dan kemudian tuang ke atas roti yg direndam tadi. Kemudian taburkan kismis dan badam atas adunan tadi.
Bakar selama 30 minit atau sehingga masak, api 180 darjah celcius (saya bakar dalam 28 minit sahaja sebab dah masak).
Kuah kastard, cuma campurkan Bahan C dan masak atas api sederhana hingga agak pekat. Tuangkan ke atas puding roti tadi apabila nak makan. Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk. Saya suka yg panas.
Selamat mencuba.
7 comments:
sama resepi yg selalu nurul buat.
Ok kak. Effa tengah buat ni. Mintak2 jadi fuhhhhhhh!
Effa, jadi ke tak? :)
Kak jadiiiii! Effa letak lebih badam tu. Kap kup kap kup bunyi dia bile tengah makan. Tq kakkk
wah :) sama2..
Salam.. nak tanya jue pernah buat memang resepi sama tapi roti jd cam keras dan kuah pekat camne ye.. aritu buat kuah pekat sgt..
Wasalam Jujue, roti keras sbb oven tu terlalu panas rasanya.. kena kurangkan masa atau kurangkan suhu.. patutnya dia lembut je... takpun jenis roti kot.. kuah pun jgn pekat sangat..
Post a Comment