Monday, October 3, 2011

Kek Coklat Moist



Minggu ni terasa pulak nak makan kek coklat. Memandangkan kekadang beli kek tu macam tak cukup moist, jadi baik buat sendiri. Maka, saya pun menggoogle2 laman-laman sesawang yang menampilkan pelbagai resipi kek coklat moist. Dan, hati saya terpaut pada salah satu resipi. Apabila ditelek-telek, bahan2 yang digunakan kebetulan ada dalam stok. Jadi, proceed jelah resipi kek coklat moist nih..

Yang bestnya, kek ini takde guna mentega/majerin.



Bahan-bahan yang diperlukan:


2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 cawan gula halus

1 cawan gula perang


Bahan A

1 sudu kecil kecil vanilla esen

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe


Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum


Cara-caranya:

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Selang selikan dengan bahan A. Gaul hingga sebati.

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.


Untuk topping yg menambahkan moist:

1/2 cawan serbuk koko (saya pakai van houten)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil dan panaskan dengan api kecil sampai sebati dan boleh dituang ke atas kek.

Kemudiannya terpulang kepada kreativiti masing2. Boleh letak potongan strawberry. Saya tabur badam cincang yang telah dibakar memandangkan stok badam yang banyak...

Kek ini memang moist jika dikeluarkan dari peti sejuk lebih awal kerana coklat di atasnya agak beku kalau dimakan terus dari peti sejuk.

Selamat mencuba.... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...