Sunday, May 18, 2014

Kek Minyak Colorful

Hari ni cuba buat kek tanpa mentega. Kek ni guna minyak masak sebagai ganti mentega. Saya guna resepi dari Kemma81 di MyResepi

Hasilnya adalah sebiji Kek Minyak yang berwarna-warni dan sedap. Budak-budak pun suka. Sesuai untuk kudapan sarapan pagi atau minum petang. 



Saya derhaka sedikit ketika membakar kek ni. Kemma81 kata tutup permukaan kek dengan tudung periuk. Oleh kerana saya malas dan takde tudung periuk sesuai pun untuk digunakan, maka saya tak tutup. Akibatnya, permukaan Kek Minyak saya ni merekah sedikit.

Tapi itu bukan penyebab untuk menghanguskan kek ini. Langkah yang perlu dibuat, cuma kurangkan suhu (kepada 160 darjah) dan alihkan kek ke rak pembakaran yang di bawah sedikit. Oleh kerana suhu yang rendah sedikit, kek saya ni masak kira-kira 60 minit. Mungkin juga loyang 8 inci kurang sesuai, selepas ni saya akan cuba guna loyang 9 inci pula, supaya kek tak terlalu tinggi. 




Apa-apapun, hasilnya tetap moist dan lembut. Apabila dah dipotong, takde sapa pun tau kek tu merekah. Okey je hasilnya. Kurang manis dan sedap dikudap.

Colorful dan moist


Bahan-bahan

5 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1sb ovallet
1cwn minyak masak
perasa nenas atau pisang (kalau tak letak pun takpe)
1sk esen vanila


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang.



Masukkan susu pekat dan esen vanila, putar lagi. Masukkan minyak masak dan perisa. Putar lagi. Maukkan tepung gandum. Gaul rata. 



Bahagikan kepada 3 adunan. Warnakan ikut warna yang anda suka.



Lenserkan loyang (8 atau 9 inci). Sendukkan adunan secara selang-seli sehingga adunan habis.



Panaskan oven 170 darjah (saya guna 160 darjah) dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Kalau suhu tu rendah, akan ambil masa lama sedikit untuk masak. Boleh tutup permukaan kek dengan tudung periuk kalau takut kek hangus. Atau kurangkan suhu seperti yang saya buat. Juga jangan bakar kek di rak yang atas sangat. 

Merekah sedikit walaupun tetap awesome


Simple je kek ni. Dapat banyak pula tu. Boleh potong untuk bawa bekal. Saya letak di luar sahaja (tidak simpan dalam peti sejuk). Sentiasa lembut dan moist. 

Bekal Hasya. Dia request suruh potong Kiub.


Sekian.

2 comments:

Unknown said...

sedapnya tgk si comei tu makan

weezana said...

budak2 suka kek ni. tak tau la sebab warna ke atau sebab rasa :)