Bersambung dari Part 2
Saya mula menghitung hari. Apabila tahun baharu menjelma, bermakna percutian saya hanya tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi. Apabila memasuki bulan Februari, saya makin teruja kerana akan ke Maldives pada bulan hadapan.
Pembatalan penerbangan
Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan penentu segala. Pada awal pagi 11 Februari 2014, berita yang saya baca menerusi akhbar online memang menyentak perasaan. Pagi tersebut saya seperti tidak percaya apabila membaca tajuk berita `AirAsiaX Gantung Perkhidmatan ke Maldives Kuat Kuasa 1 Mac'. Sedangkan saya sepatutnya terbang pada 13 Mac 2014! Oh, apakah makna semua ini?
Kemudiannya, e-mel yang dihantar oleh AirAsiaX saya telitikan secara terperinci. Menurut e-mel tersebut, penerbangan kami ke Male memang dibatalkan. Namun begitu, kami punya option sama ada ingin full refund, tukar ke destinasi lain atau diberi penerbangan yang lain berdasarkan availbility. AirAsiaX juga menyatakan bahawa mereka akan menghubungi pelanggan berdasarkan tarikh penerbangan yang ditempah. Maksudnya, saya yang akan terbang lebih kurang sebulan lagi, akan dihubungi lewat sedikit berbanding dengan pelanggan yang akan terbang pada minggu pertama bulan Mac.
Hati terasa sedih. Tapi saya tidak mahu perkembangan terbaru ini mematahkan semangat saya untuk ke pulau impian. Pilihan untuk menukar destinasi bukanlah sebuah pilihan untuk saya, kerana harga resort yang telah saya bayar adalah 3 kali ganda kosnya daripada harga tiket penerbangan. Memilih untuk diberi penerbangan lain juga terlalu berisiko. Persoalannya, adakah saya mahu menunggu (entahkan bila) AirAsiaX menghubungi saya?
Maka, jawapannya: Tidak sama sekali. Saya tidak mahu menunggu. Saya mahu membuat keputusan saya sendiri.
Nota: AirAsia hanya menghubungi saya pada 25 Februari 2014:(
Pada pagi 11 Februari ini, laman web SriLankan Airlines seakan jammed, mungkin ramai yang sedang melihat-lihat peluang untuk menukar ke penerbangan Sri Lanka tersebut. Tambahan pula, AirAsia menawarkan penerbangan ke Colombo dan dari Colombo boleh menempah penerbangan menerusi SriLankan Airlines.
Pilihan penerbangan lain pula ialah dengan menggunakan MAS atau Singapore Airlines. Kedua-dua penerbangan ini menawarkan harga yang hampir sama. Justeru, pastinya saya memilih untuk menaiki MAS. Tidak perlu transit (direct flight oleh MAS) dan tentunya lebih selesa berada dalam pesawat milik negara sendiri.
Memilih MAS
Justeru, saya pilih untuk menaiki MAS dan memohon full refund dengan AirAsia. Paling menyedihkan ialah, kos percutian kami bertambah memandangkan kos penerbangan dengan MAS yang jumlahnya 2 kali ganda daripada penerbangan AirAsia:(
Memilih MAS juga bermakna kami mempunyai kira-kira 8-9 jam yang perlu dihabiskan sebelum menunggu penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 16 Mac 2014. Untuk memohon extended check-out time di Centara bermakna saya perlu membayar kos kira-kira RM1k untuk lanjutan sehingga jam 6 petang. Jumlah tersebut amat tidak berbaloi dan menambah kos yang sedia bertambah ini. Maka, tindakan paling tepat adalah check-out sahaja seperti perancangan awal pada 16 Mac tersebut dan check-in pula di salah satu hotel yang berdekatan dengan Pulau Airport.
Hotel Newtown Inn di Hulhumale (pulau sebelah Pulau Airport dan boleh diakses menggunakan jalan darat) kemudiannya saya pilih untuk menghabiskan masa pada hari terakhir di Maldives. Kos untuk satu malam sekitar RM150-250 (termasuk tax). Dan sebenarnya, kami tidak akan bermalam pun kerana penerbangan balik adalah pada jam 10.45 malam. Kos airport transfer pula hanya USD10 untuk seorang dan menggunakan teksi sebagai pengangkutan dari/ke lapangan terbang.
Seterusnya Mac 2014 akhirnya tiba jua. Dan saya terus menghitung hari.
Menanti 13 Mac 2014 |
Sehinggalah 8 Mac 2014 menjelma dan sekali lagi hati diduga dengan berita misteri kehilangan pesawat MH370. Namun, perancangan harus diteruskan. Tentunya kerana kami telah penat merancang dan sudah banyak cabaran yang kami hadapi.
13 Mac 2014
Akhirnya 13 Mac 2014 tiba jua. Sepanjang perjalanan ke KLIA diiringi dengan kualiti udara yang agak buruk ekoran beberapa kebakaran hutan di sekitar Dengkil.
Pemandangan berjerubu di KLIA |
Namun, kesibukan di KLIA menyebabkan kami berasa lega sedikit meskipun negara masih dilanda kesuraman atas kehilangan MH370 yang masih belum dirungkai penyelesaiannya.
Setelah check-in dan mendapat tiket, kami memasuki ruang berlepas luar negeri. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.
Sementara menunggu waktu penerbangan, kami makan malam di Burger King.
Dan penerbangan MH177 malam itu berlepas pada masa yang ditetapkan. Kami terbang di angkasa merentasi Lautan Hindi. Perjalanan memakan masa kira-kira 4 jam lebih.
Makan lagi atas pesawat |
Sebelum pesawat mendarat di Male, kami diberi borang imigresen yang perlu diisi. Tertarik sungguh membaca senarai barang-barang yang diharam untuk dibawa masuk ke Maldives.
Jangan bawa alkohol atau pork. Di Male memang diharamkan masuk. |
FYI juga, tak perlu bersusah-payah untuk memohon visa kerana pelancong luar diberikan `visa on arrival'. Jadi, cuma pastikan pasport Malaysia anda tidak mati tarikh okey.
Part 4 saya akan ceritakan kisah seterusnya.
Bersambung di Part 4.
2 comments:
Salam kak....best sgt mgikuti akk pye pcutian ke maldives..leh jd rujukan..leh x akk email kt sy fyzait@gmail.com....atau sy nak.email akk..mcm2 yg sy nak tye n jdkan rujukan utk ke maldives..best agt tgk.akk ke sane..tqqq
Salam faeizah,
boleh email akak di weezemilia@gmail.com
Post a Comment