Saturday, March 29, 2014

Maldives..Syurga Pulau Nan Indah... (10th Anniversary) Part 2

Bersambung dari Part I.

Memilih Resort

Setelah 2-3 hari membaca review, berfikir dan memilih-milih resort yang berkenan di hati, akhirnya senarai yang panjang, berjaya saya dipendekkan kepada 5 resort. 

Langkah seterusnya, saya cuba membuat simulasi pembelian menerusi beberapa laman web seperti AirAsiaGo dan Agoda. Saya cuba melihat berapakah perbezaan dari segi kos dan promosi di antara satu laman web dengan laman web yang lain. Laman web Tripadvisor juga banyak membantu untuk saya mengeliminatedkan pilihan. Terutamanya bagi resort-resort yang mendapat lebih banyak maklum balas negatif daripada yang positif. 

Menerusi Agoda pula, saya mudah untuk melihat informasi tambahan mengenai return airport transfer yang diwajibkan oleh resort-resort di Maldives. Kalau yang jauh dan terpaksa guna Seaplane tu, memanglah tak mampu untuk saya pergi.  

Hasil pemerhatian, saya mendapati, pembelian di laman web AirAsiaGo adalah lebih murah (slightly) daripada laman web yang lain. Malah, sekiranya anda mendaftar sebagai ahli kad BIG (AirAsia punya loyalty card), anda akan dapat tambahan diskaun sekitar 5%. Saya juga mengeliminatedkan pilihan yang di luar Male Atoll. Akhirnya pencarian saya tertumpu kepada satu resort sahaja. resort ini nampak indah dan bersesuaian dengan bajet yang saya ada. 

Pilihan saya ialah Centara Ras Fushi Resort & Spa Maldives <3

Keindahan Centara Ras Fushi Maldives


Kenapa Centara Ras Fushi?

Entahlah kenapa Centara Ras Fushi yang jadi pilihan. Saya susah sebenarnya nak menerangkan jawapan yang paling tepat mengenai pilihan ini. Berkemungkinan disebabkan faktor kos, website Centara Ras Fushi yang menarik serta lokasi resort ini yang berada di North Male. Di bawah saya senaraikan serba-sedikit kenapa saya pilih Centara Ras Fushi:

1. Review - Hotel ini bertaraf 4 bintang. Mendapat review `Cemerlang' di beberapa laman web termasuk Tripadvisor, Agoda.

2. Lokasi - Resort terletak di North Male. Jarak ke lapangan terbang (Pulau Hulhule) cuma 15 minit menggunakan speed boat. Harga return airport transfer adalah USD86 seorang.  

3. Kos - Untuk bermalam di resort ini masih dalam lingkungan bajet kami. Terdapat 2 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Water Villa dan Beach Villa. Harga satu malam di Water Villa hampir 4 kali ganda daripada harga di Beach Villa. Oleh kerana saya berjaya menjimatkan sedikit kos untuk penerbangan dan airport transfer, nampaknya kami mampu untuk bermalam di Water Villa. Menginap di Water Villa bermakna, bangun pagi sahaja, anda boleh terus turun tangga villa dan berenang hehehe :D

Water Villa di Centara


4. Pakej Half Board - Ini juga antara faktor yang menarik hati. Resort ini menawarkan pakej Half Board (breakfast & dinner) yang sudah dimasukkan siap-siap dalam harga penginapan. kalau saya memilih resort 4 bintang yang lain, kebanyakannya tidak diinclusivekan dengan breakfast + dinner. Jadi, ini adalah satu kelebihan dan penjimatan untuk pengunjung di Centara Ras Fushi. Pakej Half Board ini juga boleh di upgrade ke all inclusive. Nanti saya ceritakan lebih lanjut di siri yang seterusnya. 

5. Privacy - Resort ini memang sesuai sangat untuk honeymooners & couples. Sebabnya, resort ini tidak menerima pengunjung di bawah 12 tahun! Maka, di sekitar resort, anda akan lihat couple, couple & couple! Jadi, semua orang akan buat hal sendiri dan menikmati percutian dengan aman dan damai. Jauh sekali nak dengar bunyi bayi menangis atau budak-budak yang buat perangai. Wow factor ni!

6. Peralatan Aktiviti Air - Resort menyediakan anda snorkeling equipment secara percuma. Anda juga boleh menggunakan kayak dan pedal boat juga dengan percuma. 

7. Restoran - Ada beberapa pilihan restoran. Yang mana Ocean Restaurant merupakan restoran utama di sini. Selain itu, ada restoran Itali `La Brezza', restoran Thai `Suan Bua' dan restoran Arab `Al-Khaimah'. 

8. WiFi - Free WiFi di seluruh kawasan resort ini. Takdelah susah hati kalau ada Internet kan? hehehe.

Kesimpulannya, daripada ratusan foto-foto yang saya lihat, Centara Ras Fushi berada dalam kelasnya yang tersendiri. Pantai yang cantik, pasir putih bersinar dan pemandangan yang indah. privacy yang ditawarkan juga amat mengujakan. 

Membuat tempahan

Seterusnya, saya menempah untuk menginap 3 malam di resort + pakej Half Board yang ditawarkan. 



Hati memang berbunga-bunga walaupun poket sudah kosong kerana semua pembelian dibuat secara bayaran terus (guna kad kredit). Almaklum, kalau tak bayar kad kredit, jenuhlah nak berhutang beribu-ribu yang pastinya menjamin bayaran bunga yang tinggi pada setiap bulan. Tapi hati tetap berbunga-bunga itu kerana sesungguhnya saya tidak sabar menanti 13 Mac 2014 (yang mana ketika itu perlu tunggu lagi 3 bulan) untuk memijak pasiran pantai di pulau nan indah, Maldives.

Peta Centara


Seterusnya, saya menghubungi khidmat pelanggan di Centara (by e-mail) untuk memberitahu itinerary flight saya dari Kuala Lumpur ke Male. Menerusi e-mail yang sama, saya juga memohon supaya dipertimbangkan Water Villa bernombor 300 ke atas yang mempunyai pemandangan yang lebih cantik (pengaruh review di Tripadvisor). Tidak lupa juga saya nyatakan bahawa saya akan menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan pada 13 Mac tersebut dan kami memerlukan pemandangan Villa yang indah untuk meraikan sambutan yang istimewa ini. Saya juga request untuk diberikan sunset villa (banyak permintaan sebab takut dia bagi yang tak best hehehe). 

FYI, rangkaian resort Centara dimiliki oleh businessman Thailand. Resort ini juga terkenal dengan SPA nya yang bertaraf international gitu.  

Nampaknya semua perkara penting telah diselesaikan dalam bulan Disember 2013 lagi. Part 3 nanti saya akan ceritakan permulaan perjalanan ke Maldives. 

Bersambung di Part 3

7 comments:

flizzy86 said...

salam..


info yg sangat membantu & mengujakan
even masih dalam angan2 yg entah bila

semoga angan2 sy jadi kenyataan mcm awak ~ ^^

weezana said...

wasaalam. insyaallah.. semoga jadi kenyataan...

Unknown said...

Assalam, awak booked resort ni through AirAsiaGo ye? Half board package ni kalau kita tak book dari Malaysia, kita pay dekat resort boleh ke?

weezana said...

wassalam shaza,

ha'ah saya book through airasiago. bukan tak boleh kalau nak book di sana, boleh. cuma, kalau peak season, resort2 selalunya penuh, harga juga berbeza. tambahan pula, kena book di airport (hanya utk resort yg sediakan office atau booth di situ) bukannya di resort itu sendiri. Rasanya, tourist tak akan dihantar ke mana2, sekiranya tidak book resort. pengangkutan awam di sana agak pelik sedikit. semua tourist harus naik airport transfer dari/ke airport.

weezana said...

mengenai package half board tu, saya tak pasti. mungkin boleh. cuba e-mail ke resort dan bertanya untuk pencerahan:)

Unknown said...

BeraPa harga semlm di centara tu

weezana said...

Yatt.. boleh tengok di website Centara.. harganya ikut musim.