Friday, March 29, 2013

Kek Mentega Moist... Less is More kan?

Moist & Wangi... 


Ya, kadang-kadang tu `Less is More'. Tanpa Krim Keju, tanpa whipping cream, tanpa sour cream, tanpa topping, tanpa pewarna dan tanpa itu tanpa ini, tidak semestinya kek anda tidak sedap. Dan jika kek anda sedap dan moist tanpa bahan-bahan yang saya sebutkan tadi, maka benarlah `Less is More'...


Sebenarnya, saya nak cerita tentang `Kek Mentega Moist'. Apa sangatlah kan, kek mentega je. Maksudnya pakai mentega je. Tapi perkataan `moist' tu menyebabkan kek mentega ini akan menjadi pujaan selera ramai individu. Antaranya adalah saya sendiri.




Saya memang dah lama tercari-cari resepi Butter Cake yang sedap. Dan resepi ini amat memuaskan hati saya. Sebabnya, dah ler senang nak membuatnya, sedap sangat pula rasanya. Macam kek yang dijual di bakery gitu. Paling best, bau kek ni wangi sangat!


Resepi ni saya saya ambil dan ubah sedikit dari post bebop di forum cari. almaklum, saya ni kan suka blog walking dan forum walking, alhamdulillah kebetulan jumpa resepi yang mendapat banyak positive reviews.


Bahan-bahan


ini je bahan-bahannya

(A)250 GM BUTTER
200 GM GULA - saya cuma guna 170gm
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)

5 BIJI TELUR
1/2 sk esen vanila - saya tambah


Cara-cara


Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk. Putarkan guna mixer sampai sebati.






Masukkan bahan-bahan B iaitu esen dan telur satu persatu. Putar hingga sebati.





Selepas masukkan telur yang terakhir, putarlah dalam 4 minit je, jangan putar lama sangat okey.





Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. loyang 9 inci adalah loyang paling sesuai. Saya guna loyang petak sebab senang nak potong-potong kek nanti.





Abaikan perasaan gundah-gulana sekiranya adunan anda kelihatan tidak berapa nak rata dalam loyang. Nanti bila adunan panas dalam oven, automatik adunan anda akan rata sendiri. Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi).



Bau harum tau

Siap dibakar dan kek yang baik budinya ini, pandai meregang dirinya sendiri dari tepi-tepi loyang. jadi, tak susahlah nak mengeluarkannya. Sungguh tidak banyak kerenahnya.



Regang sendiri tepi-tepinya




Potong comel-comel. Nak letak dalam bekas. Nak bawa sebagai buah tangan ke rumah my sister nanti.





untuk My Sis

Bau wangi kek ni masih menjadi aroma dapur dan ruang tamu semasa saya menaip entry ini hehehehe. Cubalah sekiranya anda peminat Butter Cake.



bekal saya pagi ni..

Nota: Kek ini juga boleh dibuat Kek Marble atau kek-kek perisa yang lain mengikut kreativiti anda. nanti-nanti saya buat yang versi additional value pula ye:)

34 comments:

adda syuhada said...

sedapnya..
terliur plk tengok kek ni..

weezana said...

insyaallah memang sedap kek ni.. kengkawan yang rasa cakap `sedap' dan macam beli kedai hehehe...

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

as salam... sy silent reader selama ni..
semalam lepas baca post ni terus cuba.. almaklum cuti sekolah dan tengah hujan pulak tu.. memang senang sangat.. sementara suruh anak lapik loyang membakar.. saya da siapkan aduanan.. lepas je bakar dan kek tu meregang.. saya potong panggil anak2.. (5 orang) ketepikan beberapa kepingan untuk en suami.. yang lain licin...dingap anak2..
tq for sharing d resipi..:D...

weezana said...

wasalam puan umi, saya memang suka sangat resepi ni. memang sedap sangat. terima kasih juga sebab mencuba ye.

sarah mohamad said...

Sedapnyaaa. boleh try resepi ni nanti. bahan2 pun tak susah nak cari. :)

weezana said...

Bahan-bahan ni kat kedai runcit pun ada jual :)

Unknown said...

Salam. Saya penah jumpa similar resepi kek butter ni kat forum cari. Try buat tapi tak menjadi. mungkin ada kot silap saya kat mana-mana. bila tengok you buat kek ni siap dgn steps nya..buat I teringin nak buat sekali lagi. lagi satu, suka betul tengok cake2 you. very inspiring. :)

weezana said...

Salam CN2S, bila baca forum cari tu, ramai yg bagi feedback positif. Jadi, memang teringin nak cuba. Sebab dah lama sangat saya cari kek butter yang sedap. Alhamdulillah memang sedap sangat dan mudah. Cubalah sekali lagi.

Unknown said...

Salam, saya dah try buat kek ni...dah 2 tiga kali gak la buat... memang menjadi. mudah dan cepat.... sebab anak suka sangat makan kek so buat yg simple2 je.... memang seda kek ni

weezana said...

Wasalam, terima kasih sbb sudi mencuba. Kek ni memang mudah dan sangat sedap.. :)

..Fi..Fibi..Fea.. said...

assalam..nak tanya..agak2 boleh ke tukar tepung gandum kepada tepung naik sendiri tu? tia

weezana said...

wasalam. rasanya boleh. cuma, jgn masukkan baking powder, nnti terlebih naik pula.

Unknown said...

salam sis.. thanks for sharing your recipe. cuma nak tanya, boleh ke putar tepung dengan butter sekali? sebab biasanya tepung masuk last.

weezana said...

wassalam nurulhusna. slalunya mmg tepung masuk last. tapi kek ni memang unik sikit. masuk semua dan putar sekali. cubalah.

Adila Aziz said...

salam tuan rumah..lepas makan butter cake kat cameron ari tu... terus mimpi2 nak buat.. cari punya cari.. last2 kat sini rupanya butter cake yg simple, sedap n memang mabeless... terima kasih atas perkongsian... psssttt... tengah ada sebijik kat dlm oven utk bekalan ke opis sok...(^__^)

weezana said...

Wasalam Adila,

terima kasih sebab sudi cuba. memang best dan simple kek ni :)

Unknown said...

sy pun tgh bakar kek resepi akak ni..harap2 menjadi sbb sy mmg xpernah bt kek sebelum ni,setakat tolong mak putar je..dh ada family n bakal ada anak ni rasa nk belajar lak..hehe

weezana said...

siti hajar, harap2 berjaya ye. kek ni antara yang paling senang untuk dicuba:)

Unknown said...

Salam weezana nak tanya kalau ltk dalam paper cup boleh tak dan brp lama untuk dibakar ya tq - wan

weezana said...

Wasalam wan lisa. Saya pernah buat versi paper cup. Masa pembakaran akan jadi kurang sedikit, bergantung kepada saiz papercup. Kalau saiz kecil lagi kurang masa. Agak2 atas kek tu dah masak, boleh test cucuk guna lidi.

Unknown said...

Pssssssst....sya sdg bakar kek guna resepi awk...xsabar nk mkn..btw thnks resepi yg simple n bhn2 pun xssh nk dpt...mabeles youuu...

weezana said...

asrol wanie, hpe kek u jadi.. tq ye baca blog ni.

Unknown said...

teringin nk cuba mcm sedap je tgk bhn pun sng dpt

weezana said...

yatie, cubalah.. memang senang nak buat dan sedap rasanya..

Mekngoh said...

As-salam. saya suka baca blog akak sebab resepi yang akak bagi step by step. senang utk sy yang tk berape pndai masak ni hihi

weezana said...

Wassalam mekngoh,

akak pun tak pandai juga.. belajar dan berkongsi ilmu yang ada. Terima kasih sudi baca blog ni :)

lidia said...

salam sis, sy dh try recipe ni.. mmg super easy dan super sedap… mula2 mcm tak percaya je tepung terus gaul dgn butter… bila buat mmg jadi lah.. sedappp. thanks for recipe

weezana said...

wassalam nurlidiah,

terima kasih sbb sudi cuba.. memang kek ni sedap dan macam x percaya hasilnya awesome :)

Unknown said...

Salam..sis sy dh try..kek sedap,gebu,moist n sy makan sambil touching cz 1st time buat kek butter menjadi dgn eloknya.selalunya luar dh masak dlm xmsk lg la.hangit la..but resepi ni sangat menjadi..mintak halal ye sis..

weezana said...

Wassalam eila,

terima kasih ye baca blog ni.. Salam kenal.

adeebanajihah said...

tepung dengan gula tu kena ayak dulu ataupun tak payah

adeebanajihah said...

perisa ros

adeebanajihah said...

perisa essen vanila tu saya tukar ke perisa ros boleh ke

weezana said...

adeebanajihah,

tak perlu ayak. boleh kalau nak tukar perisa.