Tuesday, March 3, 2015

Kek Mentega Moist (Extra Moist Tips)

Assalamualaikum...

Last week, entah kenapa saya terasa nak makan Butter Cake. Masalahnya, keinginan ini datangnya apabila saya terjaga jam 5.00 pagi. Akibatnya, saya terus ke dapur untuk membuat sebiji Butter Cake. 

Apabila mengeluarkan butter (a.k.a) mentega dari peti sejuk, sebuku butter tersebut dalam kondisi yang amat keras. Nescaya jika diputar menggunakan mixer, akan mengambil masa yang agak lama untuk sebati. Maka, tiba-tiba idea untuk mencairkan butter ini muncul di fikiran. Persoalannya, adakah Kek Mentega Moist ini akan bantat sekiranya saya mencairkan butter terlebih dahulu?

Untuk mengetahui akibat perbuatan ini, saya harus berani mencuba. Maka sebuku mentega 250gm tersebut, saya cairkan di dalam periuk. Hmm.. Jadi ke tak jadi kek ni?

Memang jadi...


Bahan-bahan

A
250gm butter (cairkan)
170gm gula
210gm tepung gandum
1sk baking powder

B
5 biji telur
1/2 sk esen vanila
2sb susu segar - tambah

Ya, saya tambah 2 sudu besar susu segar.

Cara-cara

Boleh tengok link ni untuk foto step by step.  

Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk. Putarkan guna mixer sampai sebati.

Masukkan bahan-bahan B iaitu esen, susu segar dan telur satu persatu. Putar hingga sebati.

Selepas masukkan telur yang terakhir, putarlah dalam 4 minit je, jangan putar lama sangat okey.

Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Saya guna loyang bulat 8 inci yang tinggi.

Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). 

Apa perbezaan?

Apabila saya mencairkan mentega, adunan menjadi lebih berkrim dan mudah untuk diratakan. 



Apabila saya tambah dua sudu besar susu segar pula, kek menjadi lebih lembap. 



Apa-apa pun, kek ini memang terbaik bagi penggemar kek-kek biasa tapi lazat. Semoga tips extra moist ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

extra lembap


Sekian.

No comments: