Assalamualaikum...
Kalau makan chicken chop, tulang ayam tu takde kan? Itu namanya, bahagian ayam tu telah di `debone' (buang tulang).
Maka, minggu lepas, saya try le tanya kat brother jual ayam kat pasar malam.
Saya: Hmm.. Boleh tak kalau quarter chicken leg ni buang tulang?
Brother Chic: Nak buat Chicken Chop ke?
Saya: Ya, tepat sekali!
Brother Chic: Boleh (mengangguk dengan senyuman mesra)
Maka, dapatlah saya membeli 4 keping quarter chicken leg yang telah dibuang tulang (debone). Pilihan seterusnya adalah sama ada nak buat chicken chop bergoreng atau pun grilled... Jeng jeng jeng...
Mari masak Grilled Chicken Chop!
Bahan-bahan (Resepi adaptasi dari Linapg)
4 keping quarter chicken leg (buang tulang)
1/2 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 inch halia (tumbuk kasar)
1 sk lada hitam (tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada putih (kalau takde, takpe)
sedikit minyak zaitun
Cara-cara
Bersihkan ayam, tos dan lap ayam (jangan basah sangat ler...). Letak atas pemanggang ajaib.
Lumur ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun.
Minyak zaitun renjis kemudian (percik-percik gitu supaya ayam tak kering)
Kalau ikutkan resepi asal, Linapg perap semalaman (which is memang bagus dan rajin). Tapi saya ni kan memang malas dan nak cepat, jadi saya tak perap pun. Terus sahaja masak ayam ni (aka perut dah lapor). Sila guna api biasa-biasa je. Jangan kecik sangat dan janganlah besar sangat. Kalau nak dapat warna cantik atas dan bawah, kena terbalikkan pemanggang ajaib anda atau terbalik ayam di dalam pemanggang tersebut. Suka hati, asalkan anda gembira. Panggang di atas dapur sehingga ayam masak.
Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce
(saya dapati hasilnya banyak, lain kali saya akan buat 1/2 adunan sahaja)
1 labu bawang besar (Holland) - kaler kuning tu (cincang, tapi saya kisar)
4sb tepung gandum
1 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
2sb lada hitam (tumbuk kasar)
4sb sos lada hitam
3 cawan air atau lebih
Sedikit oregano
2sb mentega
Cara-cara
Panaskan sauce pan (Periuk). Cairkan mentega. Tumis bawang sehingga layu (tapi jangan sampai hitam).
Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Kacau. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau elakkan bergentel.
Masukkan air dan pati ayam. Kacau sebati. Linapg kata guna hand whisk lagi senang tapi saya tak nak pakai hand whisk sebab nanti periuk saya rosak hehehe... Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, sila tambah air. Masukkan oregano. Biarkan atas api sebentar. kalau nak warna lebih gelap, sila tambah kicap.
Dan, kalau sos anda bergentel, jangan bimbang, tos sahaja guna penapis nanti. Yang tak berjaya melepasi penapis tu, buangkan sahaja. Rasanya tetap sama, sedap gitu...
Akhir kata, saya makan dengan kentang goreng (goreng sendiri taruk garam dan kunyit) dan sedikit kubis bunga yang direbus (taruk garam dan serbuk perisa sikit).
Budak-budak tak perlukan sos black pepper tu pun sebab perisa ayam tu memang dah sedap dan cukup rasa. Maksudnya, kalau malas nak buat sos dia, takyah buat pun takpe. Dah sedap sangat pun.
Tangan kecik nak amik ayam |
Selamat mencuba dan tak rugi mencuba. Dapur anda akan menjadi awesome dan Western gitu.
letak black pepper sauce |
Sekian.
4 comments:
asalamualaikum...pagi2 dah jamu mata dengan ayam black paper :-)) suka sesangat
waalaikumsalam.. bila2 rajin, cubalah. sedap resepi ayam ni :)
U bagi i idea..kalau fes time nk buat chicken chop, boleh suruh org kedai debone.
Yup Nurin, tapi kalau tempat yg sibuk mcm pasar tani.. mungkin tokey ayam tu takde masa nak debone...
Post a Comment