Saturday, September 20, 2014

Herb & Lemon Roasted Chicken (Easy n Juicy)

Assalamualaikum..



Malam ni, sempat juga saya menyediakan Herb & Lemon Roasted Chicken untuk juadah makan malam. 

Apabila ada baby kecil ni, kena fikir resepi yang mudah-mudah sahaja. Yang mana boleh campak-campak dan boleh biarkan masak sendiri. Tak boleh nak masak resepi yang kena kacau 24 jam atas dapur. Nanti bingit telinga menahan bunyi baby menangis. Tak pun, hangit, bantat dan sebagainyalah lauk yang kumasak. Mungkin juga lauk tersebut tak cukup masin :D

Saya juga mula terperasan yang saya banyak kali juga mencuba dan mempelbagaikan resepi-resepi yang menggunakan rempah-ratus masakan Barat terutamanya Italian cuisine. Petuanya mudah, pastikan anda menyimpan stok rempah-ratus ini di dapur anda. Justeru, bila-bila masa sahaja anda boleh membakar ayam atau daging sesedap rasa seperti masakan Italy yang sebenar. 



Rahsia saya juga, saya ada pelbagai rempah-ratus Barat ini. Yang mana saya beli setnya semasa di US dulu. Sekiranya habis, saya akan top up dalam botol yang sama. Namun begitu, saya amat cemburu apabila melihat program-program masakan barat di kaca TV seperti Gordon Ramsay atau Jamie Oliver. Ini kerana, mereka menggunakan daun-daun segar Rosemary, Basil dan sebagainya. Sebaliknya, saya terpaksa menggunakan daun-daun dried tersebut.

Apa-apapun, resepi malam ini bukan sahaja mudah. Malah lazat. lembut dan terasa juicynya. Sila cuba kerana anda akan menukar dapur anda menjadi dapur ala-ala Italy gitu.

Bahan-bahan

3 keping ayam bahagian quater
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram, oregano, rosemary & thyme)
1/2 sk dried rosemary
1/2 sk dried thyme 
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah besar (potong bulat)
1sk gula
1 1/4 sk garam

kentang dan lobak merah (potong kecil) - kalau suka

Cara-cara

Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun. Letakkan ayam atas loyang tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam. Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki. 



Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak. 

Nota: Untuk warna ayam yang cantik, boleh tutup api oven, tapi biarkan ayam kat dalam tu selama 15 ke 30 minit. 

sebelum

selepas

Hasilnya memang sangat sedap, lembut dan juicy. 




Mendapat sambutan yang hangat sekali.



Sekian.
      

10 comments:

nora razalli said...

sedapnyeeeeee!!!
nak try buat la nnti
mcm sng je cmpak2 cmni :)

Unknown said...

wahh nampak menarik btl..
nanti bleh cube

weezana said...

Senang dan sedap:)

weezana said...

Cuba tau. Berbaloi2

safurara said...

huaaaa nampak sedappp.terliur..

weezana said...

Sedap. Cubalah :)

Faza said...

Wah..tgk rupa ala2 ayam nandos. Tq share resipi praktikal utk ibu beranak kecik. Kalau saya campur je semua herbs yg ada boleh la ya? Saya ada 3 jenis tapi biasa guna utk buat kuah bologenese je. Ada resipi ni boleh la guna,takde la membazir herbs tu.

weezana said...

welcome :) boleh sahaja campur. pastu gaul sebati..

Unknown said...

ni pun suke...simple n yummy

weezana said...

Zilla, ini memang super yummy.. membuatkan satu rumah akan kagum hehehe