Monday, August 13, 2012

Step by Step... Siakap Stim ala Thai (Catatan Ramadhan 2012)



Masa pergi pasar malam hari tu, saya beli ikan siakap. Beli yang saiz sederhana sebab nak cuba resepi baru. Saya nak cuba kukus ikan hehehe.. Tapi kenapa pulak kena beli saiz sederhana ye? Tak boleh beli saiz besar ke?

Jawapan saya: Tak boleh. Sebabnya periuk kukus saya tak la besar sangat. Nanti ikan tak muat. Maka, marilah kita mencuba resepi hebat hari ini iaitu Siakap Stim ala Thai... Hasilnya memang sedap dan berbaloi. Seperti makan di kedai. Penyediaannya juga mudah, main campak-campak je.



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (saiz suka hati)
5 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 batang lada merah- hiris
1 biji buah tomato -hiris atau potong dadu atau suka hati
1 inci halia - hiris
1 batang serai (hiris)
1sk sos ikan
1sb sos tiram
- boleh letak 1sk perahan limau nipis (tapi saya tak letak sebab takde stok)
daun limau purut (hiris)
serbuk lada hitam, garam dan gula (sekadar taburkan sedikit serata ikan)

Cara-cara

Bersihkan ikan. Letak ikan atas bekas untuk dikukus.

Tabur jelah bahan hiris di sekitar ikan. Letak sos ikan, perahan limau dan sos tiram.Lepas tu tabur garam, gula dan lada hitam. Agak-agaklah nak taburpun, janganlah sampai banyak sangat. Sprinkle sikit-sikit je.



Penyediaan dah selesai pun. Giler senangkan? Panaskan periuk kukus dan kukus ikan sehingga masak. Lebih kurang 20 - 25 minit.



Sungguh mudah dan sungguh lazat. Boleh dimakan dengan nasi putih atau ratah sahaja ikan ini. Apa-apa cara pun memang sedap. Another awesome recipe.



Lain kali boleh buat lagi.





No comments: