Friday, August 17, 2012

Step by Step.. Coklat Chips Cookies

Petang ni saya akan pulang berhari raya di Miow-Miow, Sarawak. Mr. Hubby orang Sarawak dan tahun ini giliran dia. Puasa tahun ini memang mencabar. Dengan kesibukan kerja dan melayan anak kecil (Khayra yang berusia 10 bulan), saya tak menang tangan nak membuat biskut raya. Namun, saya gagahkan juga sekalipun cuma membuat satu jenis je biskut. tentunya juga, biskut yang mampu saya buat adalah biskut yang mudah.


Di sini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari nor67 di MyResepi iaitu Coklat Chips Cookies. Dah dua tahun saya buat biskut ni. Sebabnya, penyediaannya mudah, simple dan sedap dimakan.


Bahan-bahan
 (buat kecik-kecik, sebab biskut raya)
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang


Cara-cara

Ayak kedua-dua tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.


Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.



Masukkan bahan-bahan yg telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.




Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.


Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan ke atas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Nota: Saya kurangkan suhu kepada 160 darjah, tapi saya bakar lama sikit iaitu 24 minit.

Terpulang pada masing-masing jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

No comments: