Thursday, August 30, 2012

Step by Step.. Ketam Nipah Goreng Berlada

Sebenarnya, saya bukannya tau sangat tentang spesis-spesis ketam. Tetiba je, my mom in law beli ketam nipah untuk santapan malam. FYI, di Sarawak memang banyak ketam nipah. Maka, my mom in law pun tanya, "nak masak apa?" Then, seperti biasalah, saya ni kalau masak mesti nak masak yang pedas dan sedap. Maka, saya masak Ketam nipah Goreng Berlada yum yum..



Semasa nak tulis entry ni, saya pun googlelah nak cari tentang `ketam nipah' (scylla serrata aka mud crab, mangrove crab). Aik, tetiba je terjumpa percanggahan pendapat mengenai status halal ketam. Terus terang sebelum ni saya tak pernah terfikir yang ada makanan laut yang berstatus haram. Walau bagaimanapun, kadang-kala kajian saintifik berdasarkan kitaran hidup serta ekologi fauna akan memperjelaskan kita mengenai hukum-hakam haiwan laut ni.


Maka, saya petik di sini:

"ketam nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia (krustacea) iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah adalah binatang yang boleh dimakan. ..”

Seperkara lagi, jangan ragu-ragu. Maka, tak le saya ragu-ragu. Sebab kalau ragu-ragu, lagilah haru. Almaklum, spesis rustasia yang lain adalah udang dan kerang.. haish...

Ketam ni mempunyai sepit yang besar, dan ada banyak isi kat dalam sepit tu. Rasanya pun manis. Jom tengok Step by Step...

Bahan-bahan

4 ekor ketam nipah (bersihkan dan saya potong 2)
15 tangkai cili kering (buang biji, cuci dan kisar)
8 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (titik)
gula secukup rasa
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa

Cara-cara

Gaul ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga ketam masak. Jangan goreng lama sangat, ketam cepat je masaknya. Selalunya ketam apabila masak, kulit dan sepitnya bertukar warna menjadi merah atau merah jambu. Angkat ketam, toskan dan letak ketam dalam pinggan hidangan.



Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan kering sedikit (5-10 minit). Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kena ada rasa manis gula, barulah sedap.



Sendukkan sambal atas ketam yang dah digoreng tadi.



Dah siap pun. Nampak sedapkan? Memang sedap pun. Hehehe..



No comments: