Thursday, August 9, 2012

Step by Step.. Rendang Ayam Kampung Cili Api.. (Catatan Ramadhan 2012)



Kan dah cakap, memang saya semakin sukar untuk membloging. Bulan-bulan puasa ni lagilah, penat dan malas makin bertambah-tambah. Walau bagaimanapun, atas sedikit kerajinan, hari ini saya nak berkongsi resepi Rendang Ayam Kampung Cili Api.

FYI, kalau takde ayam kampung, boleh je guna ayam bandar. Saya ni kebetulan ada stok ayam kampung. Ayam yang dah disalai tu. Jadi, ada rasa salai sikit. Sedap. seperkara lagi, rendang saya ni versi simple dan nak cepat. Santan pun guna santan segera. Kalau guna santan biasa, silalah guna sebiji 1/2 untuk rasa yang berkrim. Almaklum bulan puasa, kalau masak lama-lama, Mr. hubby nanti asyik jeling. Jelingan tersebut membawa maksud, "pukul berapa nak makan ni?"



 
Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
7 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
2cm lengkuas (kisar)
3 batang serai (2 kisar, 1 titik)
cili kering (1 sudu makan selepas kisar)
cili api (6 biji, kalau suka berapi sila tambah lagi)- kisar
garam dan serbuk kunyit secukupnya

1 1/2 biji kelapa (saya pakai santan kotak je, sekotak kecik)
kerisik (1 sudu makan)
1 asam keping


Cara-cara

Masukkan santan dalam periuk/kuali. Guna api kecil/sederhana. Masukkan bahan-bahan kisar, serai dan serbuk kunyit (sila adjust warna mengikut kegemaran). Kacau selalu sehingga mendidih.



Masukkan ayam. Sesekali kacau. Masukkan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan kerisik.



Biarkan sehingga kuah jadi pekat dan ayam masak. Barulah rendang, kalau kuah pekat hehehe.



Sedia untuk dimakan bersama nasi.



Sodap tak? Mestilah sodap. Sekian.





No comments: