Affendi baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada sahabat baiknya Muzri. Persahabatan Affendi dan Muzri bukan baru, telah mencecah hampir 18 tahun. Affendi dan Muzri bertemu semasa bersekolah di Sekolah berasrama penuh di Kuantan, Pahang. Sewaktu itu mereka sama-sama pelajar baru yang terpilih atas kecemerlangan mereka dalam UPSR.
Panggilan telefon daripada Muzri itu membawa khabaran gembira. Muzri akan bernikah dengan wanita pilihannya pada cuti Tahun Baru Cina akan datang. Antara sahabat-sahabat Affendi, Muzri agak lewat sedikit untuk naik pelamin. Maklumlah, umur Muzri kini mencecah angka 30-an. Panggilan telefon Muzri bukan sahaja mahu memberitahu berita gembira tersebut, malah Muzri ingin membeli cincin terbaik dari Kedai Emas Cintaku Cintamu, milik Affendi, untuk dihadiahkan kepada bakal isterinya. Pesan Muzri kepada Affendi, "Aku nak kahwin ni. Beri aku yang terbaik ya! Bajet aku dalam lingkungan RM10,000."
Affendi berjanji untuk bertemu dengan Muzri di Restoran Madam Kwan, Mid Valley malam itu. Sebelum pulang, Affendi memilih sebuah cincin berpermata Sapphire biru sebagai hadiah hantaran Muzri kepada bakal isterinya. Cincin tersebut berharga RM10,000. Namun sebagai tanda persahabatan dan hadiah daripada seorang rakan lama, Muzri bercadang untuk menjual cincin tersebut dengan harga RM5,000 sahaja. Malam itu seperti yang dijanjikan mereka bertemu di Restoran Madam Kwan. Muzri teruja untuk melihat cincin yang dipilih oleh Affendi. Sebaik sahaja Affendi menunjukkan cincin tersebut, Muzri terus terpikat. Kilauan batu Sapphire membuatkan cincin tersebut nampak esklusif dan hebat. Apabila ditanya tentang harga, Affendi dengan perasaan yang amat gembira menyatakan harga cincin tersebut adalah RM5,000. Sebaik sahaja mendengar harga tersebut, air muka Muzri terus berubah.
Muzri: Hmmmm, aku prefer kalau harganya mahal sedikit daripada yang ini. Seperti yang aku beritahu, aku nak yang lebih kurang RM10,000.
Affendi: Kalau begitu, esok pagi kau singgahlah ke kedai aku. Aku akan tunjukkan cincin yang lain. Jangan bimbang, banyak lagi pilihan menarik di sana.
Kata Affendi walaupun agak terkejut dengan reaksi kawan baiknya itu. Keesokan paginya, Affendi telah bersedia dengan sebentuk cincin berpermata Canary yang tidak kurang cantiknya daripada cincin Sapphire semalam. Sebaik sahaja Muzri sampai, Affendi menunjukkan cincin tersebut kepada sahabatnya itu. Sekali lagi, Muzri terpikat dengan cincin berbatu kuning ini. Muzri bertambah gembira apabila diberitahu oleh Affendi bahawa cincin tersebut berharga RM10,000.
Malah, Muzri bertambah-tambah kegembiraannya apabila Affendi mengatakan yang dia memberi 50% potongan harga kepada Muzri sebagai tanda persahabatan dan hadiah perkahwinan sahabat baiknya itu. Justeru harga yang dikenakan adalah RM5,000! Muzri memeluk Affendi kerana berasa amat terharu. Daripada rasa tidak gembira kerana ditawarkan cincin dengan harga RM5,000, kini Muzri amat gembira kerana ditawar cincin berharga RM5,000.
Expensive is good, right? :D
No comments:
Post a Comment