Saturday, June 11, 2016

Asam Pedas Tulang Rusuk

Assalamualaikum...

Hari tu masa pergi pasar tani, tetiba je tersinggah gerai jual daging. Sebenarnya terasa nak beli daging, entah macam mana ternampak tulang rusuk. Lepas tu, tergatal tanya sekilo berapa ringgit. Lepas tu pulak, terbeli. Yang herannya, tak ler pula beli 1kg, tapi terbeli 700 gm. Sebabnya saya cakap nak 3 keping tulang rusuk. Siap minta tokey daging tu, potong kecik-kecik tulang rusuk tersebut.

Bila bawa balik tulang rusuk a.k.a ribs ni, mula-mula tu terasa nak buat kari atau sup. Tetiba pula, terasa nak masak asam pedas. Eh, boleh ke masak asam pedas?

Boleh je...

Maka, pengkisaran cili kering pun bermula. Jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

700gm tulang rusuk (potong kecil)



2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai gitu, agak-agak)
1sk lada hitam (tumbuk kasar)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis. Kalau tak ada rasa manis, tak awesome le)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.

Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak.

 

Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak. Masukkan lada hitam. Kacau sebati.



Masukkan tulang rusuk. Masukkan secawan air. Kacau sekali sekala sehingga tulang rusuk empuk dan lembut. 



Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. Kalau pakai kuali/periuk tak lekat, bolehlah tutup periuk anda, dan biarkan seketika. Lebih cepat tulang rusuk tu masak dan lembut.



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan dah siap le tu.




Masakan ni, kalau tak habis boleh disejuk bekukan. Memang sedap sangat dimakan dengan nasi putih. Masaklah sampai daging tu betul-betul lembut. Barulah awesome.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...