Tuesday, March 31, 2015

Grilled Chicken Chop with Black Pepper Sauce (Guna Pemanggang Ajaib)

Assalamualaikum...
Kalau makan chicken chop, tulang ayam tu takde kan? Itu namanya, bahagian ayam tu telah di `debone' (buang tulang).
Maka, minggu lepas, saya try le tanya kat brother jual ayam kat pasar malam.
Saya:               Hmm.. Boleh tak kalau quarter chicken leg ni buang tulang?
Brother Chic:   Nak buat Chicken Chop ke?
Saya:               Ya, tepat sekali!
Brother Chic:   Boleh (mengangguk dengan senyuman mesra)
Maka, dapatlah saya membeli 4 keping quarter chicken leg yang telah dibuang tulang (debone). Pilihan seterusnya adalah sama ada nak buat chicken chop bergoreng atau pun grilled... Jeng jeng jeng...  
Mari masak Grilled Chicken Chop!
Bahan-bahan (Resepi adaptasi dari Linapg)
4 keping quarter chicken leg (buang tulang)
1/2 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 inch halia (tumbuk kasar)
1 sk lada hitam (tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada putih (kalau takde, takpe)
sedikit minyak zaitun
Cara-cara
Bersihkan ayam, tos dan lap ayam (jangan basah sangat ler...). Letak atas pemanggang ajaib.
Lumur ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun.
Minyak zaitun renjis kemudian (percik-percik gitu supaya ayam tak kering)
Kalau ikutkan resepi asal, Linapg perap semalaman (which is memang bagus dan rajin). Tapi saya ni kan memang malas dan nak cepat, jadi saya tak perap pun. Terus sahaja masak ayam ni (aka perut dah lapor). Sila guna api biasa-biasa je. Jangan kecik sangat dan janganlah besar sangat. Kalau nak dapat warna cantik atas dan bawah, kena terbalikkan pemanggang ajaib anda atau terbalik ayam di dalam pemanggang tersebut. Suka hati, asalkan anda gembira. Panggang di atas dapur sehingga ayam masak.
Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce
(saya dapati hasilnya banyak, lain kali saya akan buat 1/2 adunan sahaja)
1 labu bawang besar (Holland) - kaler kuning tu (cincang, tapi saya kisar)
4sb tepung gandum
1 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
2sb lada hitam (tumbuk kasar)
4sb sos lada hitam
3 cawan air atau lebih
Sedikit oregano
2sb mentega
Cara-cara
Panaskan sauce pan (Periuk). Cairkan mentega. Tumis bawang sehingga layu (tapi jangan sampai hitam).
Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Kacau. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau elakkan bergentel.
Masukkan air dan pati ayam. Kacau sebati. Linapg kata guna hand whisk lagi senang tapi saya tak nak pakai hand whisk sebab nanti periuk saya rosak hehehe... Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, sila tambah air. Masukkan oregano. Biarkan atas api sebentar. kalau nak warna lebih gelap, sila tambah kicap.
Dan, kalau sos anda bergentel, jangan bimbang, tos sahaja guna penapis nanti. Yang tak berjaya melepasi penapis tu, buangkan sahaja. Rasanya tetap sama, sedap gitu...
Akhir kata, saya makan dengan kentang goreng (goreng sendiri taruk garam dan kunyit) dan sedikit kubis bunga yang direbus (taruk garam dan serbuk perisa sikit).
Budak-budak tak perlukan sos black pepper tu pun sebab perisa ayam tu memang dah sedap dan cukup rasa. Maksudnya, kalau malas nak buat sos dia, takyah buat pun takpe. Dah sedap sangat pun.
Tangan kecik nak amik ayam
Selamat mencuba dan tak rugi mencuba. Dapur anda akan menjadi awesome dan Western gitu.
letak black pepper sauce
Sekian.

Tuesday, March 17, 2015

Sotong Goreng Tepung yang memang Rangup.. Krup.. Krup...

Assalamualaikum...

Kadang-kala ada resepi yang mudah tapi terlupa pula saya nak cuba buat sendiri. Selalunya, faktor kelupaan ini disebabkan beberapa perkara:

1. Ingatkan susah, rupa-rupanya senang.
2. Senang nak cari kat restoran.
3. Bahan tak cukup.
4. Takde idea nak masak macam mana.

sotong goreng tepung rangup ala restoran


Maka, sebelum ni saya tak pernah cuba buat sendiri `Sotong Goreng Tepung Rangup'. Entah macam mana last weekend, terasa nak google resepi masakan ni. Dan rupa-rupanya... Faktor nombor 1 kat perenggan atas nun... Ingatkan susah, rupa-rupanya senang je masak `Sotong Goreng Tepung Rangup' ni.

Resepi ni saya ambil dari Dapur Mamasya. Memang sedap resepi ni dan tak susah nak buat. Saya buat separuh daripada portion resepi Mamasya. Dan sebenarnya tak cukup. Patut buat je 1/2 kilo sotong. Sedap sungguh diratah atau dimakan dengan nasi.. Krup.. Krup.. Bunyinya.

Bahan-bahan (saya buat separuh je dari resepi di bawah)

Bahan A
1/2kg sotong potong bulat (lepascuci, tos sotong ni.. lagi xde air, lagi bagus)
1 biji telur
4 sb tepung kentucky (saya pakai jenama Kijang)

Bahan B
2sb tepung beras
2sb tepung Kentucky
2sb tepung gandum
1sk serbuk lada hitam
secubit garam


Cara-cara
Bahan A - Gaul tepung Kentucky dan telur hingga sebati. Kemudian gaulkan sotong ke dalamnya. Ketepikan.


dah digaul sebati


Bahan B - Gaul rata semua bahan. Panaskan minyak (guna minyak banyak). Ambil sikit-sikit sotong (ambil satu-satu lagi ok) yang telah digaul dengan bahan A tadi, gaul atas bahan B rata-rata. 




Goreng di dalam kuali sampai garing. Jangan goreng sekali banyak. Sikit-sikit sudah dan jangan goreng lama sangat. Just nice gitu.

kalau guna minyak lagi banyak, lagi bagus
(saya goreng versi jimat minyak)

Of course le kena makan panas-panas. Gerenti digemari ramai.



Sekian. 

Tuesday, March 3, 2015

Kek Mentega Moist (Extra Moist Tips)

Assalamualaikum...

Last week, entah kenapa saya terasa nak makan Butter Cake. Masalahnya, keinginan ini datangnya apabila saya terjaga jam 5.00 pagi. Akibatnya, saya terus ke dapur untuk membuat sebiji Butter Cake. 

Apabila mengeluarkan butter (a.k.a) mentega dari peti sejuk, sebuku butter tersebut dalam kondisi yang amat keras. Nescaya jika diputar menggunakan mixer, akan mengambil masa yang agak lama untuk sebati. Maka, tiba-tiba idea untuk mencairkan butter ini muncul di fikiran. Persoalannya, adakah Kek Mentega Moist ini akan bantat sekiranya saya mencairkan butter terlebih dahulu?

Untuk mengetahui akibat perbuatan ini, saya harus berani mencuba. Maka sebuku mentega 250gm tersebut, saya cairkan di dalam periuk. Hmm.. Jadi ke tak jadi kek ni?

Memang jadi...


Bahan-bahan

A
250gm butter (cairkan)
170gm gula
210gm tepung gandum
1sk baking powder

B
5 biji telur
1/2 sk esen vanila
2sb susu segar - tambah

Ya, saya tambah 2 sudu besar susu segar.

Cara-cara

Boleh tengok link ni untuk foto step by step.  

Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk. Putarkan guna mixer sampai sebati.

Masukkan bahan-bahan B iaitu esen, susu segar dan telur satu persatu. Putar hingga sebati.

Selepas masukkan telur yang terakhir, putarlah dalam 4 minit je, jangan putar lama sangat okey.

Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Saya guna loyang bulat 8 inci yang tinggi.

Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). 

Apa perbezaan?

Apabila saya mencairkan mentega, adunan menjadi lebih berkrim dan mudah untuk diratakan. 



Apabila saya tambah dua sudu besar susu segar pula, kek menjadi lebih lembap. 



Apa-apa pun, kek ini memang terbaik bagi penggemar kek-kek biasa tapi lazat. Semoga tips extra moist ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

extra lembap


Sekian.