Wednesday, December 24, 2014

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes (with Blueberry filling) & Dia Doktor Hatiku...

Assalamualaikum.



Stress atau tekanan bukanlah kejadian aneh di kalangan manusia biasa (yang bukan mutant). Maka, apabila stress, setiap manusia perlukan terapi diri. Maka, antara terapi yang berkesan (disclaimer: mungkin tidak berkesan pada sesetengah orang), adalah dengan membaca novel. Selain daripada itu, membaking juga merupakan terapi yang boleh menenangkan jiwa. 

Malam ini apabila tiba-tiba je Mr. Hubby meminta untuk buat cupcakes, maka lajulah pula mixer dan butter dikeluarkan. Seterusnya, resepi Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes yang pernah saya buat sebelum ini, menjadi pilihan hati. Dah lama sungguh tak buat resepi idea dari Azie Kitchen ini.

filling blueberry di tengah-tengah


Kali ini juga, saya tambah filling dalam cupcakes (dah jadi macam muffin gitu). Saya letak filling blueberry. Jadi, bila gigit cupcake, terasa perisa blueberry. 



Cupcakes ni memang seriously sedap. Tambah awesome bila letak filling. Jadi bertambah mantap. Terapi membaking memang berkesan apabila melihat kecantikan rupa cupcakes ni. Saya comel-comelkan dengan membuat corak polka dot berwarna merah jambu. Bila dah naik, nampak macam corak bunga pula. 

Maka apabila cupcakes sudah tersedia, bolehlah dinikmati dengan minuman panas. Ketika ini, amatlah sesuai meneruskan terapi tekanan dengan membaca novel yang jiwang karat. Kali ni nak kongsi juga novel karya Radz Izara (BFF zaman USM) yang bertajuk `Dia Doktor Hatiku'. Memang terapi kan, yelah tajuknya pun ada perkataan `doktor hati' gitu. 

Itu dia ada foto kat belakang novel


FYI, novel yang comel ini (comel macam novelisnya) boleh dibeli di kedai-kedai buku. Saya baru nak koyak plastik novel ni. Punyalah busy kebelakangan ni. Takde life gitu hehehehe... 

Bahan-bahan

3/4 cawan  butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kastor (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

Cara-cara

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.



Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.


adunan dah siap

Untuk hiasan, ambil sesenduk adunan, tambah pewarna merah jambu.



Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh. Paipkan sedikit blueberry filling ditengah-tengah adunan. 



Adunan berwarna merah jambu tadi, titikkan di sekitar permukaan.

 

Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak. Nota: Saya bakar 20 minit sebab cup ni besar sedikit daripada cup biasa. 

Ini rupa cupcakes yang naik di dalam oven. Terapi minda kan?



Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...