Tuesday, December 2, 2014

Nutty Oreo Choc.. Apabila di rumah anda ada banyak kacang.

Assalamualaikum.



Maaflah kepada para pembaca yang setia, jujurnya saya memang dah jarang nak update blog. Saya memang kurang ada masa nak tulis blog sekarang ni. Atas faktor yang biarlah saya rahsiakan dahulu. Kalau ada rezeki nanti, saya akan berkongsi kepada pembaca semua tentang kesibukan saya ini. 

Hari ni saya ambil cuti. Rasa letih dan perlu sedikit rehat. Jadi, sempatlah saya nak menulis entry ni. Kudapan coklat kekacang yang saya beri nama, `Nutty Oreo Choc' ni dah lama saya buat. Dapat banyak dan menjadi kudapan yang digemari ramai. Tapi, sempat juga di simpan seminggu dua juga. Sebabnya, faktor nak jaga kadar gula dalam badan. Manis macam makan coklat. Takkan lah nak habiskan semua dalam satu masa.

Kalau di rumah anda ada apa-apa kekacang, bolehlah buat apa-apa sahaja kudapan kekacang yang anda suka. Caranya mudah, cuma cairkan coklat dan gaul sahaja dengan kekacang yang telah dipanggang atau disangai sebentar. Letak dalam cup kecil-kecil, tadaaa sudah siap untuk dikudap.




Untuk `Nutty Oreo Choc' ini saya tambah sedikit oreo hancur. Tujuan untuk tambah rasa. Bila kunyah macam ada rasa biskut sikit. Saya campur dua jenis kekacang iaitu kacang tanah dan almond. Saya juga tambah sedikit coklat oren untuk aroma oren yang wangi. 

Semua bahan-bahan ni lebihan raya hari tu. Almaklum tak sempat nak buat biskut-biskut sebab sarat mengandung.


Bahan-bahan

200gm hirisan kacang tanah
100gm hirisan badam
150gm biskut oreo hancur
400gm coklat
100gm coklat oren (potong kiub kecik-kecik)


Cara-cara

Sangai kekacang dalam kuali tanpa minyak sehingga sedikit je warna perang. 



Cairkan coklat masakan. Boleh guna kaedah double boiler.



Masukkan coklat cair dan oreo ke dalam kuali kekacang. Gaul sebati.



Sudukan adunan ke dalam paper cup kecil. Tambah satu kiub coklat oren pada setiap cup.



Masukkan paper cup ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Nutty Oreo Choc telah sedia untuk dimakan.

kecik je tangan Khayra



Sekian.

2 comments:

iryanty ahamad said...

betul juga idea EP ni...minta resepi yer...boleh wat kunyah2 waktu tengok bola malam ni..hehe

weezana said...

Iryanty, sila2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...