Saturday, June 28, 2014

Cotton Soft Japanese Cheesecake versi Plain

Esok 1 Ramadan. Justeru, saya tak pasti sama ada saya akan rajin membaking atau tidak sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Membaking kek mungkin slow sedikit dan rasanya nak buat biskut raya sendiri. Buat yang simple-simple je la, itu pun kalau berkesempatan.



Maka hari ini saya nak berkongsi rupa Cottonsoft Japanese Cheesecake sekiranya dimakan tanpa topping. Kali ini juga saya buat bentuk segi empat tepat supaya senang nak dipotong. Kek ini tahan lama sekiranya diletakkan di dalam bekas kedap udara dan letakkan pula dalam peti sejuk. 

sebelum dipotong

Telah dipotong kecil


Resepi Step-by-Step boleh lihat di link ini. Kepada yang nak cuba buat kek ini sekali lagi saya ingatkan, pastikan masa pukul putih telur tu, pukul sampai soft peak (bertanduk), kalau tidak kek anda akan jadi puding. 

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan yang dibuat mendapat berkat dan keredhaan Ilahi.

Sekian. 

Friday, June 27, 2014

Roti Pizza yang sungguh soft (meroti sebelum Ramadhan)



Resepi ini adalah antara resepi roti yang terbaik dalam koleksi LifeisColorful. Tekstur roti sangat soft dan sedap dimakan meskipun telah sejuk. Kalau baru dibakar atau dipanaskan, tentunya roti ini sangat-sangat sedap dikunyah. Adunan dohnya yang firm menyebabkan roti ini mudah dibentuk dan diletak inti. Malah, tidak melekat-lekat pun pada tangan.

Menjelang Ramadhan lagi 2 hari ni, wajarlah saya meroti. Ini kerana, sepanjang Ramadhan nanti, tentunya roti sukar untuk mendapat tempat di hati kami sekeluarga. Sedangkan tepung roti masih ada lagi dalam simpanan. 

Justeru, kali ini, resepi Roti Cheese sebelum ini, saya tambah nilai menjadi Roti Pizza. Dan saya guna juga 1/3 daripada doh ini untuk buat bun cheese kosong yang sesuai dicicah dengan kari. Bagi sesiapa yang masih belum tahu cara membuat water roux, boleh klik di link water roux tu.



Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tak letak sebab takde stok, saya letak 1sk bread improver)

Topping atas roti yang anda suka: Mozarella, Cheddar, Italian Herbs (kalau takde, Parsley & Oregano Flakes pun ok), sedikit sos cili dan mayonis, hirisan sosej.    

Cara-cara

Saya masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.




Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 8 bahagian.



Saya griskan loyang (guna mentega). Lima biji doh tu saya canai sedikit (leperkan).



Lebihan 3 biji doh, saya bahagikan dua untuk setiap satu biji doh (total jadi 6 biji). Susun dalam loyang, jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang. 



Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat. Boleh hias doh dengan topping yang anda suka.

Roti pizza yang semakin mengembang

Bun cheese (cuma tabur cheese je atas dia)
yang mengembang dan menjadi rapat-rapat. 

Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. (saya guna 170 darjah dan bakar selama 20 minit). Api atas bawah sehingga roti masak.

Rupa roti pizza yang dah masak

Ini bun cheese


Roti sudah masak. Boleh dimakan atau dipotong sebelum makan. Ikut suka hati anda, asalkan anda gembira.

Roti Pizza


Bun Cheese dengan kari ayam

Sekian.

Monday, June 9, 2014

Cotton Soft Japanese Cheesecake (with Cream Cheese & Almond Frosting)



Saya dah banyak kali buat kek ni. Masa di US dulu siap dapat tempahan daripada kawan-kawan. Pernah satu malam tu, saya buat 3 biji kek ni. saya pernah buat saiz 9 inci bulat, bentuk petak dan saiz 8 inci bulat. Dulu masa tengah study, saya akan hadiahkan sebiji kek ni buat kawan-kawan rapat pada hari jadi mereka. Setakat nilah semua kawan-kawan memang bagi feedback yang sangat baik. 

Meskipun resepi asalnya kek satu perisa sahaja, saya pernah buat versi marble.Toppingnya juga saya pelbagaikan antaranya topping blueberry, topping cream cheese dan topping-topping yang ready made dari Betty Crocker. Dipendekkan cerita, entah berapa puluh Cotton Soft Japanese Cheese Cake telah saya hasilkan menggunakan resepi Alma di Myresepi

Rupa kek tanpa topping


Kek ni bukan sebarangan kek. Kek ni sangat gebu dan lembut. Rasanya sangat sedap. Kek ni juga tak sesuai dimakan panas. Kena sejukkan sehingga betul-betul sejuk, barulah naik rasa kejunya. Dan buat pertama kalinya ini saya kongsikan buat semua pembaca LifeisColorful, Step-by-Step untuk menghasilkan kek yang menjadi pujaan ramai ini. 

Dan yang istimewanya juga, topping yang saya kongsikan ini merupakan antara topping yang paling sedap dan paling sesuai untuk kek ini. FYI, tanpa topping juga, kek ini boleh dinikmati dengan lazatnya. Selera adalah mengikut tekak masing-masing.

Bahan-bahan (saya guna loyang round 8 inci)

Bahan A
250g cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur (saiz A)
1 sudu besar jus lemon
1/4 sk garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung

Bahan B
140 gula (guna je guna biasa atau gula kastor)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon

Cara-cara

Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. 



Asingkan telur kuing dan telur putih. Seboleh-bolehnya jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih tu. Telur putih letak dalam mangkuk adunan yang lebih besar.



Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Dan kemudian tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja).



Hasil selepas digaul sebati


Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Pastikan sampai bertanduk, kalau tidak kek anda akan bantat okeh. Lama pun takpe sebab memang kena bertanduk.



Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu dan kacau smpai sebati. 


Hasil selepas dikacau sebati menggunakan spatula


Sediakan loyang kek yg bulat berukuran 8 inci. Tuang adunan kek dlm tin kek.



Bakar kek dlm kira-kira sejam (saya memang bakar 60 minit) dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C/325 degrees F. Gunakan rak membakar yang agak bawah. Untuk informasi mengenai kaedah waterbath ini, sila klik sini

kek baru masuk oven

Kek selepas sejam
Hasilnya:

Masih dalam loyang

Dah keluar loyang

Selepas tu kena sejukkan kek barulah boleh buat topping. kalau buat topping cream cheese, bahan-bahannya seperti di bawah:

120gm cream cheese
60gm butter
60 gm gula aising

Putar je semua bahan tu sampai sebati.



Selepas tu sapu dengan berhati-hati atas kek. Kek ni lembut tau, tak boleh kasar-kasar.


buat garisan guna garfu je

Pastu taburkan kepingan badam yang telah digoreng tanpa minyak. Lepas tu simpan semula dalam peti sejuk sehingga anda nak makan kek ni.




Dan waktu untuk potong kek. 



Dan ini nota tambahan dari Alma MyResepi untuk kaedah membalut loyang semasa nak bakar kek:

Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Sekian.