Thursday, July 25, 2013

One-Pan Chicken Lagi (Revised)



Kekadang tu memang tak tau nak post apa dalam blog. Sebabnya, saya masak menu yang berulang. Resepi kali ni pun resepi ulangan yang sebenarnya dah berulang-ulang kali buat. Tentunya sangat sedap dan menepati selera saya.

Sebab dah banyak kali buat One-Pan Chicken ni, maka saya dah pandai ubah-ubah sedikit resepi dan cara penyediaan menu ni. Untuk resepi, saya guna 8 ulas sahaja bawang putih yang saya buang kulit dan hiris. Kiranya lebih terjamin kebersihan bawang tersebut hehehehe... Selain daripada itu, saya juga menabur sedikit serbuk paprika (boleh juga guna serbuk cili) pada permukaan ayam. Tujuan, supaya warna ayam yang dibakar lebih mempesonakan.  




Cili merah tu pun saya tak buang biji dan saya guna garam biasa sahaja. Saya juga tambah lobak merah dan tomato. Akhir sekali, saya tabur je parsley flakes tu semasa nak membakar ayam. Lebih mudah begitu.

Bahan-bahan

3 potong quater chicken

3 biji kentang (potong kentang suka hati, jangan besar sangat, nanti kentang tak masak)

1 biji tomato (belah 4)

1 batang carrot (potong la ikut suka)

3 ulas bawang merah saiz sederhana- hiris 

8 ulas bawang putih - hiris

3 batang cili merah (hiris)

1/2 kiub pati ayam (hancurkan untuk tabur)

1 sk garam

1 sb parsley flakes

Oilve oil secukupnya

Sedikit serbuk cili/paprika untuk ditabur atas ayam.


Cara-cara

Letak ayam pada loyang pembakar yang telah direnjis sedikit minyak zaitun. Tabur je lah semua bahan-bahan sesuka hati. Kemudian renjis-renjis lagi minyak zaitun pada sekitar loyang. 




Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit.




Siap juadah berbuka puasa yang sungguh menawan selera. 


Tunggu azan maghrib

Selamat Berbuka Puasa!



Sekian.


Dah abis.




5 comments:

Suzlin Azreena Nordin said...

o. xpayah perap ke apa ek kak?

Emma Marinie said...

Macam best juga ni..nampak ringkas tapi sedap

weezana said...

Suzlin, tak payah perap. tu yang best tu... sebab jimat masa...dan boleh buat last minute.

Emma, ni resepi main campak2 je.

Effa Kelly said...

kak wee pakai api atas bawah ke?

weezana said...

haah pakai api atas bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...