Thursday, August 1, 2013

Kari Sotong (cari sotong yang ada telur tau!)



Kari sotong!

Best tau kari sotong. Tambah best kalau dapat sotong yang ada telur. Pergghh, memang sedap sangat. Penyediaannya pun mudah. Main campak-campak je. Kejap je siapnya. 

Bahan-bahan (untuk makan 2-3 orang)

2-3 ekor sotong saiz besar - kebetulan jumpa sotong yang gemuk-gemuk dan ada telur!
sepeket kecik serbuk kari ikan dan udang Babas - bancuh dengan secawan air
5 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 sk halba campur
1/2 sk asam jawa - ambil patinya
sebiji tomato - potong 4
garam secukupnya
-setangkai daun kari -saya tak letak sbb takde


Cara-cara

Bersihkan sotong dan potong bulat-bulat.




Panaskan minyak. Goreng seketika halba campur. Masukkan bawang merah dan bawang putih, goreng sehingga naik bau.




Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tambah air untuk kuah yang lebih. Tapi jangan melampau kerana nanti kari anda cair. 




Setelah kuah agak mendidih, masukkan sotong. Dan masukkan air asam jawa. Kacau selama 5 minit. Tambah garam secukup rasa.




Masukkan tomato.  Kacau seketika dan tutup api. 




Sedap sangat. Terutamanya bila kunyah sotong yang ada telur!




Sekian. 



6 comments:

adda syuhada said...

sedapnya..

Fazleyatul Aini said...

wahhh ini memang sedap. siap ada telur sotong lagi !

cari resepi butter cake, linked ke blog ni. banyak resepi lain2 jugak. best2 !

weezana said...

cubalah mana yang berkenan di hati ye.. :)

CAHAYA MATA said...

ooo..
akak masak kari tak masuk santan eh..? atau akak guna susu cair ke..?

memang sedap sotong dengan telur..marvelous..!! :)

weezana said...

dik, kalau nak letak santan/susu cair pun boleh. akak tak letak, sbb ala2 kari mamak gitu..

nurizwani ithnin said...

salam. sy ada menjual telur sotong. kalau berminat boleh email sy ke dapurfrozen@yahoo.com atau whatsapp sy ke 0108949802

terima kasih
Nuriz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...