Kari ikan memang sedap dimakan sebagai juadah berbuka puasa. Kalau masak kari ikan, selalunya saya akan guna ikan tenggiri, ikan merah atau ikan jenahak. Rasa manis dan lemak ikan menyebabkan kuah kari ni akan jadi berganda sedapnya. Hasya pun dah jadi peminat kari tau.
Selalu jugalah saya masak kari ikan. Sebabnya, saya rasa masakan ni tak renyah. Malah saya tak kisar atau tumbuk bahan-bahan. Semuanya saya hiris sahaja dan potong-potong. Rempahnya pula saya guna sahaja serbuk kari Babas. Setakat ni memang sesuai dengan citarasa kami sekeluarga.
Masak kari ikan akan lebih awesome kalau tambah bendi. Bendi ni juga akan rasa manis dan pedas. Sangat sesuai dengan selera. meskipun saya tak berapa gemar makan sayur, tapi kalau makan bendi kari, tekak masih boleh terima. Kali ni nak masak Kari ikan jenahak.
Jom tengok resepi.
Bahan-bahan
Beberapa potong ikan jenahak (saya guna 5 potongan)
sepeket serbuk kari babas saiz kecil - bancuh dengan secawan air
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sk halba campur
8 batang bendi
sekeping asam keping
sebiji tomato (potong 6)
100ml santan (saya guna yang dalam kotak je)
setangkai daun kari - saya tak letak sebab takde
garam secukup rasa
Cara-cara
Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh denga air. tambah lagi secawan air. Kalau suka kuah banyak boleh tambah lagi air. Tapi jangan banyak sangat. Kacau hingga mendidih.
Masukkan ikan. Dan kemudiannya masukkan santan dan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika.
Masukkan tomato dan bendi dan kacau sehingga masak.
Tutup api dan kari mudah ni dah siap.
Sekian.
9 comments:
waaa! feveret saya. Selalu buat bila blk kg. kalau takde jenahak, kerapu pun sedap ^_^
AsSalam.. amboi beshnye dpt mkn kari.. lebih2 kuahnye tu bley wat cicah lempeng :) btw, Salam p'kenalan..
Salam Amy.. Sesekali pekena kari, memang best :)
Sy byk kali msk kari tp xjd..nk try ikut resepi ni hr ni n hrp2 jd la..amin..ikan jenahak best..sedap..
Selamat mencuba ye!
First time cuba hari ni utk buka puasa. Mabelesss! Tq!
Sama2 Wahida. Terima kasih kerana sudi mencuba.
sy suka asam pedas.tq resepi
Info Sihat
sama2 :)
Post a Comment