Thursday, July 25, 2013

One-Pan Chicken Lagi (Revised)



Kekadang tu memang tak tau nak post apa dalam blog. Sebabnya, saya masak menu yang berulang. Resepi kali ni pun resepi ulangan yang sebenarnya dah berulang-ulang kali buat. Tentunya sangat sedap dan menepati selera saya.

Sebab dah banyak kali buat One-Pan Chicken ni, maka saya dah pandai ubah-ubah sedikit resepi dan cara penyediaan menu ni. Untuk resepi, saya guna 8 ulas sahaja bawang putih yang saya buang kulit dan hiris. Kiranya lebih terjamin kebersihan bawang tersebut hehehehe... Selain daripada itu, saya juga menabur sedikit serbuk paprika (boleh juga guna serbuk cili) pada permukaan ayam. Tujuan, supaya warna ayam yang dibakar lebih mempesonakan.  




Cili merah tu pun saya tak buang biji dan saya guna garam biasa sahaja. Saya juga tambah lobak merah dan tomato. Akhir sekali, saya tabur je parsley flakes tu semasa nak membakar ayam. Lebih mudah begitu.

Bahan-bahan

3 potong quater chicken

3 biji kentang (potong kentang suka hati, jangan besar sangat, nanti kentang tak masak)

1 biji tomato (belah 4)

1 batang carrot (potong la ikut suka)

3 ulas bawang merah saiz sederhana- hiris 

8 ulas bawang putih - hiris

3 batang cili merah (hiris)

1/2 kiub pati ayam (hancurkan untuk tabur)

1 sk garam

1 sb parsley flakes

Oilve oil secukupnya

Sedikit serbuk cili/paprika untuk ditabur atas ayam.


Cara-cara

Letak ayam pada loyang pembakar yang telah direnjis sedikit minyak zaitun. Tabur je lah semua bahan-bahan sesuka hati. Kemudian renjis-renjis lagi minyak zaitun pada sekitar loyang. 




Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit.




Siap juadah berbuka puasa yang sungguh menawan selera. 


Tunggu azan maghrib

Selamat Berbuka Puasa!



Sekian.


Dah abis.




Wednesday, July 17, 2013

Puding Susu Buah-buahan (versi yang lebih buah-buahannya)



Sempena berbuka puasa ni memang sesuai sangat kalau dapat makan puding. Puding yang sejuk dan mendamaikan tekak. Sebelum ni saya pernah post entry berkenaan Puding Susu Buah-buahan yang cantik. Leh tengok resepi di  link ni. 

Semalam saya buat lagi puding ni. Tapi kali ni saya nak lebih buah dan kurang puding. Jadi untuk puding, saya kurangkan bahan-bahannya. Dan kali ni juga saya guna susu segar (susu kotak dutch lady tu). Menjadi je puding ni. Dan banyak buah-buahannya. Best2... 

Bahan-bahan 

1/2 paket serbuk agar-agar (guna lebih kurang 6gm je)
1 biji telur
2 cawan air
250ml susu segar (sekotak kecik susu dutch lady)
1/2 cawan gula
2sb tepung kastard
1 tin fruit cocktail (saiz besar) - ambil buah-buahan nya sahaja

Cara-cara

Panaskan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau sehingga agar-agar dan gula larut.


haih, kenapa serbuk agar-agar ni susah nak larut hehehe


Masukkan susu segar. Kacau hingga mendidih.




Pukul telur dengan tepung kastard. Masukkan bancuhan ke dalam periuk. Kacau seketika. 




Masukkan buah-buahan, kacau seketika dan tutup api.





Masukkan dalam bekas-bekas comel atau loyang yang besar. Suka hati ok. 






Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.  Bila dah sejuk, boleh makan begitu sahaja.




Dan boleh juga ditambah susu untuk kesan yang lebih awesome.





Sekian.
  

Saturday, July 13, 2013

Kari Ikan Jenahak (resepi mudah dan sedap)

Kari ikan memang sedap dimakan sebagai juadah berbuka puasa. Kalau masak kari ikan, selalunya saya akan guna ikan tenggiri, ikan merah atau ikan jenahak. Rasa manis dan lemak ikan menyebabkan kuah kari ni akan jadi berganda sedapnya. Hasya pun dah jadi peminat kari tau.



Selalu jugalah saya masak kari ikan. Sebabnya, saya rasa masakan ni tak renyah. Malah saya tak kisar atau tumbuk bahan-bahan. Semuanya saya hiris sahaja dan potong-potong. Rempahnya pula saya guna sahaja serbuk kari Babas. Setakat ni memang sesuai dengan citarasa kami sekeluarga. 

Masak kari ikan akan lebih awesome kalau tambah bendi. Bendi ni juga akan rasa manis dan pedas. Sangat sesuai dengan selera. meskipun saya tak berapa gemar makan sayur, tapi kalau makan bendi kari, tekak masih boleh terima. Kali ni nak masak Kari ikan jenahak.



Jom tengok resepi.

Bahan-bahan

Beberapa potong ikan jenahak (saya guna 5 potongan)
sepeket serbuk kari babas saiz kecil - bancuh dengan secawan air
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sk halba campur
8 batang bendi
sekeping asam keping
sebiji tomato (potong 6)
100ml santan (saya guna yang dalam kotak je)
setangkai daun kari - saya tak letak sebab takde
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh denga air. tambah lagi secawan air. Kalau suka kuah banyak boleh tambah lagi air. Tapi jangan banyak sangat. Kacau hingga mendidih.



Masukkan ikan. Dan kemudiannya masukkan santan dan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika.



Masukkan tomato dan bendi dan kacau sehingga masak. 



Tutup api dan kari mudah ni dah siap. 



Sekian.

Monday, July 1, 2013

Sambal Goreng Udang.. ala2 sambal goreng jawa

Suka makan sambal goreng jawa tak? Kalau anda suka, mesti anda akan suka dengan resepi hari ni. Saya telah menambah nilai resepi sambal goreng jawa menjadi Sambal Goreng Udang.. Perghhh memang sedap tau. Tambahan pula, saya guna udang saiz agak besar untuk menu masakan ini. Yum yum....




Bahan-bahan asas yang digunakan adalah berdasarkan resipi sambal goreng jawa. Cumanya saya tak letak kacang panjang/kacang buncis. Kebetulan takde stok kacang dalam rumah. Masakan ni juga walaupun ada sedikit renyah tapi sebenarnya mudah je. Cuma yang renyahnya adalah kena kisar cili kering. Almaklum rumah saya ni memang tak pernah ada stok cili boh. Memang selalu kisar sendiri cili. Jom la tengok resepi ni.

Bahan-bahan

7-8 ekor udang saiz besar
5 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (titik)
1 cili merah (hiris)
4 tangkai cili kering (buang biji dan kisar) - atau 1sb cili boh
1sb sos tiram
1sk asam jawa (ambil patinya)
1sb kicap manis
Tempe secukupnya - potong(pakai sepeket)
Fucuk tauhu kering dan soo hon secukupnya (rendam dan potong) -pakai je sepeket 
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan 3sb minyak dan goreng tempe - tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.




Gunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga layu dan naik bau.




Masukkan cili kisar, air asam jawa dan sos tiram.




Masukkan cili merah dan udang. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika sehingga udang hampir masak.




Masukkan fucuk dan sohon. Masukkan tempe. Masukkan kicap manis. Kacau sebati. 




Dah siap dan hidangkan. 




Sangat sedap dimakan dengan nasi putih.

Sekian.