Friday, May 24, 2013

Sotong Masak Kicap.. My Simple Life....

Hari  ni tanya dengan Hasya, `Mama nak masak sotong. Nak makan sotong masak apa?" Dia jawab, "Pedas".

Hmmm.. Selalu sangat makan sambal tumis. Memang tak dinafikan Sambal Tumis Sotong memang sentiasa menawan kalbu. Namun begitu, sesekali kena tukar masakan. Oleh itu, hari ni saya masak Sotong Masak Kicap. 



Eh, sotong pun boleh masak kicap ek? 

Hmmmm.... Boleh je... Yang penting sedap. Dan masakan ni sangat mudah untuk disediakan. Hiris-hiris, campak-campak je. My Simple Life gitu....



Bahan-bahan (untuk makan 2-3 orang)

3 ekor sotong saiz sederhana besar. (Buang kulit, cuci dan potong bulat-bulat)
sebiji bawang merah saiz besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
sebatang cili merah (hiris)

3sb kicap manis 
1sk sos tiram
garam secukup rasa 

Nota: Kalau guna kicap masin, tambah gula 2sk.


Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan naik bau.



Masukkan sotong dan kacau seminit.



Masukkan kicap, sos tiram garam dan gula.



Kacau seketika dan tutup api.



Siap dah.. Senang kan? Bila-bila pun boleh masak:)

4 comments:

Bbwana adienia said...

salam weezana..

sotong tu memang menawan kalbu..saya suka makan apa ja jenis masakan sotong..favourite sangat.

weezana said...

Saya pun suka sotong.. tu yang cuba pelbagaikan masakan :)

Emma Marinie said...

Lama tak masak ni....asalkan kicap pastu bebudak suka

weezana said...

haah kicap. dah la senang, budak2 pun suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...