Saya buka entry ini dengan ucapan Salam Aidiladha buat semua pengikut dan pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog kerdil saya ni. Extra ucapan terima kasih kepada yang sudi follow blog saya. Saya nak kongsi quote daripada ahli falsafah dari French, Albert Camus:
sedapnya... |
Kali ini saya kongsi resepi Blueberry Cheesecake. Rasanya ini adalah resepi versi ke-3. Versi pertama, sedap tapi kurang cream cheese dan ada guna tepung. Sesuai kepada sesiapa yang nak makan cheesecake yang tak berapa cheezy. Resepi seperti link di bawah:
Versi ke-2 adalah versi dot dot dot yang teramat cheezy. Link versi dot dot dot. Yang ni guna cream cheese tanpa whipping cream.
Maka, versi ke-3 ini adalah resepi pertengahan. Seperti resepi dot dot dot guna banyak cream cheese, cuma kek yang ni ditambah dengan whipping cream. Rasanya lebih halus dan lazat. Tambahan pula, resepi asal saya ambil dari Ummi Kuantan dan ummi buat Oreo Cheesecake. Saya tukar jadi blueberry cheesecake hehehe. Betul kata Ummi, kek ini memang sedap sangat.
Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci)
Dasar kek:
200gm biskut oreo - di buang krimnya - kisar atau tumbuk
50gm mentega cair
50gm mentega cair
Bahan kek:
500gm krim keju
110gm gula kastor
1/2sb esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping krim
1sb lemon juice
blueberry filling secukupnya
Cara-cara
Dasar Kek :
Masukkan oreo kisar ke dalam acuan springform.
Cairkan mentega (saya panaskan dalam kuali) dan tuang ke dalam acuan. Gaul oreo
yang telah dikisar dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
Angkat dan ketepikan.
cairkan mentega |
tuang, gaul dan padat2kan |
bakar |
Bahan kek:
Putar keju krim dan gula
hingga sebati.
Kali ni guna jenama Anchor |
sedia untuk putar |
Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan
whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
adunan kek |
Masukkan adunan dalam springform yang dah ada dasar tadi. Masukkan pula bluberry, saya masukkan satu-satu macam saya buat versi dot dot dot. Sebabnya, saya takut kek bertukar jadi biru hehehe.
Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven
dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan (kalau takut, takyah longgarkan, masuk terus dengan loyang dalam peti sejuk). Biarkan sejuk,
tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau
semalaman.
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. Saya tambah lagi blueberry di bahagian tengah kek. Tapi jangan letak banyak sangat, kalau terlalu berat, nanti kek runtuh hehehe.
Yippie... Yippie.. Kek dah siap untuk dibawa pulang ke kampung. Belum sempat bawa balik dah sepotong dimakan di rumah akibat permintaan yang tidak dapat ditolak.
Rasa manis, berkrim dan sedikit masam.. Gabungan hebat. |
Dan ini pula rupa dah tinggal separuh selepas dikorbankan pada pagi raya korban. Semoga Aidiladha ini bertambah manis dan berkrim dengan kehadiran kek yang lazat.
Tinggal separuh |
Selamat mencuba!