Wednesday, July 1, 2015

Kek Batik dengan Kekacang

Assalamualaikum..

Juadah manis memang menjadi pujaan pembuka selera pada bulan Ramadan yang mulia ini. Maka tiba-tiba pula Mr. Hubby craving nak makan Kek Batik. Dan sebenarnya, memang tak susah nak buat kek batik. Cumanya, bahan selalu tak ada. Yelah, saya bukannya simpan stok biskut Marie kat rumah.



Jadi, projek nak membuat Kek Batik tertangguh beberapa kali. Sehinggalah saya membeli stok bahan-bahan yang diperlukan. Untuk resepi kali ini, saya dah banyak revised. Hasilnya memang awesome dan mewah dengan kekacang. Dicadangkan penggunaan hirisan kacang tanah atau pun badam. 

Bahan-bahan

Biskut Marie secukupnya (bergantung kepada lapisan) 
- sepeket tu pakai separuh peketlah lebih kurang 

200g milo 

400g susu pekat 
4 biji telur 
1sk esen vanilla 
150g butter
2 sudu besar serbuk koko 
1 sudu besar air panas 
hirisan kacang tanah/badam secukupnya

Cara-cara

Sediakan loyang dan lapis dengan kertas minyak. Loyang bentuk apa pun takpe. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali butter, biskut dan kacang. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api. 




Sangai (goreng tanpa minyak) kekacang sehingga rangup. Ketepikan kekacang.



Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Tabur pula kekacang. Ulang proses melapis sehingga habis. Lapisan yang terakhir saya susun biskut dan kepingan badam dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.






Apabila dah beberapa jam dalam peti sejuk, keluarkan loyang kek tadi. Tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan kek menjadi rata. Tekan-tekanlah sikit okey. Keluarkan kek dan potong.




Cantik dan sedap. Manis dan berkrim.



Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...