Saturday, February 7, 2015

Asam Pedas Ikan Merah.. Untuk dia, dia & dia....

Assalamualaikum.



Sejak-menjak ada Drama `Asam Pedas Untuk Dia', ramai pula kengkawan yang post gambar masak asam pedas. Maka, apabila selalu sangat melihat foto-foto asam pedas yang menggiurkan tersebut, saya pun menjadi craving a.k.a terliur.

Maka, apabila saya mempunyai beberapa jenis ikan yang sesuai untuk dijadikan `asam pedas ikan', semangat makin berkobar-kobar untuk menyinsing lengan. Tapi, nak guna ikan apa ye? 

Ikan pari atau ikan merah? Dua-dua pun sodappp... Maka, akhirnya saya pilih untuk masak ikan merah. Sebabnya, ikan merah tu bahagian ekor, bahagian yang paling saya suka hehehehehe......

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Puan Ramona (kawanku yang pandai masak) sebab beri resepi dan tip nak masak asam pedas yang lazat. Saya tambah sikit bahan untuk menjadikan asam pedas ikan merah ni lebih meriah.

Dan asam pedas hidangan makan malam ni, memang untuk dia, dia dan dia.. Sebab satu rumah suka. Cukup rasa katanya. 

Bahan-bahan

3 keping ikan merah (saiz besar) kalau seekor pun boleh, saiz sederhana.
2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
4 batang bendi (belah 2)
Sebiji tomato (belah empat)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai gitu, agak-agak)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis. Kalau tak ada rasa manis, tak awesome le)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.

Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak. 



Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak.



Masukkan ikan, tomato dan bendi. Kacau sekali sekala sehingga ikan dan bendi masak. Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. 



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan dah siap le tu.



Asam pedas yang menawan selera. 

ekor ikan merah argghh :D


Sekian.  

4 comments:

lia ummiirfan said...

fuyooo..! sedapnya asam pedasmu... :))

weezana said...

alhamdulillah, memang sedap.. Hubby makan bertambah-tambah :)

Alwani Hamzah said...

Wah..sudah lama tidak makan asam pedas kl..rindu nyer..

weezana said...

wani, asam pedas johor/melaka, asam pedas terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...