Saya tak pernah masak atau makan Ketam Masak Kicap. Selalunya kalau beli ketam, saya akan masak sambal, sos, lemak, atau sup. Maka, saya pun google lah, betul ke ketam boleh masak kicap? Rupa-rupanya, banyak je resepi Ketam Masak Kicap nih.
Ketam yang menjadi pujaan |
Oleh kerana saya memang malas nak kisar atau tumbuk bahan-bahan, maka untuk resepi ni, sekali lagi kita campak-campak je. Cumanya, ketam tu kena goreng dulu, barulah firm dan awesome struktur isinya. Jom kita tengok resepi.
Bahan-bahan
3 ekor ketam (sila potong 2 kalau ketam tu besar)
2 biji bawang merah besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
3 batang cili padi (sila tambah mengikut kepedasan yang disukai) - hiris
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2sb sos tiram
1sb sos cili
1sk gula
garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
sedikit daun sup (hiris halus)
Cara-cara
Gaul ketam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng ketam sehingga ketam masak (sekadar masak, tak payah nak garing). Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi.
Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.
Masukkan ketam, gaul rata.
Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api.
Ketam Masak Kicap pedas dah siap.
Hasya suka. Khayra pun suka cuma dia komplen "pedas" hehehe.. Resepi ni memang sangat sedap dan boleh dimasak lain kali.
Selamat mencuba!
10 comments:
salam..
sedapnya..lama la x makan ketam..adei, terliur tengok ni..huhu..
wah sodap nya!! mo cuba masak juga la ni
wasalam.. sedap.. x rugi cuba.. :)
Salam Ziarah..akak kawin org Swk ekk..saya pun org Swk gak tp keje kat Putrajaya..hehehe
kalau kat Swk, ketam tu mmg biasa org masak kicap.. mmg sedap. Kalau masak kari pun sedapp... ketam nipah la paling popular kat sana,.
dah kawin ngan hubby (Semenanjung), baru saya makan ketam yg dimasak lemak.. hehehe..
Wasalam juls julie,
haah hubby akk org swk. tu yg dia request masak kicap. katanya, mak dia slalu masak ketam kicap..
mmg kalau balik swk, senang nak dapat ketam nipah.. :)
sedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni..
Dahlia, resepi ni senang je. main campak2.. rasa pun sedap sangat...
sama2 intan:)
Sempoi!
nzsa, sedap.. cubalah:)
Post a Comment