Ada masanya memang malas betul nak masak.
Tengah malas nak masak, tetiba je Hasya cakap nak makan pizza. Nak keluar beli pizza pun saya malas. Nak order delivery, rasa macam rugi pula. Sebabnya, saya dah lama tak beli Domino's Pizza, jadi, dah lama juga tak ada kupon-kupon pizza ni. Domino's ni kalau tanpa kupon, rasa rugi nak beli hehehehe.
Nak uli doh, itu satu hal. Breadmaker kata, uli doh akan ambil masa 1 jam setengah. Maka, Puff Pastry dalam peti sejuk jadi pilihan untuk menghasilkan resepi inovasi. Meskipun dohnya adalah puff pastry tapi pastinya Puff Pastry Pizza berdaging ini sedap sangat. Saya cuma buat 4 keping sahaja dan nampaknya memang tidak cukup. Hasya makan 2 keping. Khayra sekeping dan saya cuma sekeping. Lain kali kena buat dua kali ganda nampaknya.
Bahan-bahan
4 keping Puff pastry (saya pakai saiz kecil, kalau nak pakai yg besar pun ok)
Sos Prego Tradisional (saya masak dengan bawang merah kisar dan hirisan daging)
Keju Mozarella dan Cheddar secukupnya (yang penting ada Mozarella, keju-keju lain tu boleh je tambah dan tabur).
Cara-cara
Masakkan dahulu sos prego tu. Panaskan minyak zaitun. Saya mula-mula tumis bawang merah kisar, dan kemudian masukkan daging. Kacau sehingga daging masak. Lepastu baru masukkan sos. Masuk sedikit garam. Dan biarkan mendidih. Lepas tu tutup api.
Puff pastry tu saya canai bagi nipis dan leper sedikit. Sapukan sedikit mentega pada aluminium foil. Susun Puff Pastry atas foil.
Sudukan sos prego rata-rata atas puff.
Tabur keju.
Panaskan oven 200 darjah dan Bakar puff selama 8 -10 minit. Agak-agaklah puff tu dah masak dan keju pun dah warna kuning perang.
Sedia untuk dimakan.
Boleh dipotong atau dimakan begitu sahaja.
Sedap sangat tau! :)
3 comments:
kalau buat cmni mak budak pun suka...hihihi
sedapnya, mmg tgh mood nak makin pizza simple camni.
Tak sangka juga sedap :)
Budak2 pun suka, saya pun suka.. senang buatnya. terutamanya, kalau lunch memang masak spaghetti, kiranya lebihan sos tu bolehlah buat pizza ni.
Post a Comment