Assalamualaikum...
Maaflah.. Sebab dah lama tak tulis apa-apa.. Terlalu sibuk nak raya dan beraya... Tambah-tambah pula, di kampung takde line internet. Online cuma guna phone, jadi tak dapat nak muat naik foto-foto.. Malas nak kaya-rayakan Maxis.
Sebelum cuti raya hari tu, saya sempat buat Cheese Cupcakes. Saje2 buat untuk bawa pulang ke rumah My Mom di Sungai Petani. Bolehlah adik-beradik merasa keenakan dan kegebuan Cheese Cupcakes ni.
Masa keluarkan cream cheese, tengok ada 500gm pulak cream cheese. Tetiba terasa nak buat banyak. Apa kata buat cup cakes dan kek sekali. Wah, makin meriahlah buah tangan nanti. Jadi saya gandakan adunan resipi baked Cherry Cheesecake .
Cumanya, untuk cup cakes, saya guna biskut Oreo sebagai base. Saya tak buang pun krim di biskut tu. Saya masukkan terus ke dalam cup.
Untuk lapisan cheese, resepinya seperti berikut (ini adunan untuk cup cakes, kalau nak buat kek sekali, sila gandakan)
Bahan-bahan
250 gm cream cheese
1 camca besar jus lemon
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telur
2 bungkus biskut Oreo, apa-apa perasa pun ok - ni untuk base cupcakes
- sedikit Cherry filling dan Oreo hancur sebagai hiasan.
Cara-cara
Masukkan biskut Oreo dalam cup. Saya guna dua perisa. Satu coklat biasa, satu lagi yang golden vanilla cream. Susun cup atas loyang.
Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan esen vanila. Putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.
Kemudian putar putih telur hingga separuh kental (saya pukul hingga kental dan bertanduk), masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.
Tuang ke dalam cup biskut tadi. Saya letak sedikit cheery filling atas cupcakes yang base nya golden Oreo dan taburan Oreo atas cup cakes yang basenya Oreo Choc.
Bakar suhu 165C selama 20-30 minit. Bergantung pada saiz cup dan kepanasan oven.
Selamat Hari Raya!