Sunday, September 30, 2012

Step by Step... Roasted Eggplant with Marinara Sauce

Mr. Hubby kata dia nak makan terung. Seumur hidup saya memang tak pernah cuba masak terung. Malah saya tak tau pun apa rasa terung. Ramai yang kata terung sedap dimakan. Ntahlah, saya memang tak lalu nak makan sayur.
 
 
 
Walau bagaimanapun, oleh kerana Mr. Hubby teringin makan terung, maka wajarlah buatkan juga. Kesian ngan dia hehehe.. Lagipun, inilah masanya nak mencuba resepi baru. Seperti biasalah, apabila tak tahu nak masak, kenalah rajin mencari resepi. Biasanya saya akan tertarik hati melihat foto-foto makanan yang cantik. Kalau barisan bahan-bahannya tak sesusah mana, maka saya akan cuba. Dipendekkan cerita, hati saya terpikat dengan resepi `Roasted Eggplant with Marinara Sauce' dari blog What's Cooking America. Jadi saya cuba resepi ni dengan mengubah sedikit sebanyak mengikut kesesuaian.
 
menarikkan?
 
 
Meskipun rupa terung panggang ala Western ini memang mengagumkan, tapi saya tak rasa walaupun sedikit. Entahlah, saya memang tak makan sayur. Mr. Hubby kata sedap, dia dan Hasya jadi tukang perabis terung ni. Roasted Eggplant with Marinara Sauce ni boleh dimakan dengan nasi atau pun dimakan begitu sahaja. Sosnya juga boleh diubah kepada sos-sos lain mengikut kegemaran anda.
 
 
Bahan-bahan
 
Sebiji terung saiz sederhana
1/2 cawan mentega
3/4 cawan serbuk roti
1/4sk garam
sos marinara secukupnya (saya guna tomato puri)
1sb oregano flakes
keju mozarella secukupnya
 
 
Cara-cara
 
Hiris terung lebih kurang 1cm tebal.
 
 
 
Cairkan mentega dalam kuali leper. Celupkan terung yang dihiris tadi.
 
 
 
Satukan serbuk roti dan garam dalam mangkuk. Celup sebelah sisi terung yang dah dicelup mentega tadi dengan serbuk roti.
 
 
 
Susun terung atas loyang yang telah dialas dengan aluminium foil.
 
 
 
Sudukan sos atas terung.
 
 
 
 
Tabur sedikit oregano.
 
 
 
Tabur pula keju Mozarella atas terung.
 
 
 
Bakar 10-15 minit pada suhu 220 selsius.
 

 
 
Senangkan? Terung lazat ala Western dah siap. Mari makan.
 
 
 
 
 


Friday, September 28, 2012

Sugar Bun @Kuching, Sarawak

Saya tak pasti sama ada di Semenanjung Malaysia ada Restoran Sugar Bun atau pun tidak, tapi restoran makanan segera ini memang banyak di Sarawak, terutamanya di Bandaraya Kuching. Pada mulanya memanglah saya hairan, kenapa ada di Sarawak tapi tak ada di Semenanjung. Selepas menggoogle kesana-kemari, akhirnya saya dapat jawapannya: Restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad.


Oleh kerana saya memang tak pernah nampak Restoran Sugar Bun di Kuala Lumpur, maka sudah tentulah saya teringin sangat nak melihat apa yang dijual di Restoran ini.  Kesempatan berada di Kuching digunakan untuk makan tengah hari di Sugar Bun.
 
Menu di Sugar Bun ni bukan hanya ada makanan segera seperti burger dan ayam goreng, malah ada juga ditawarkan menu-menu Asia seperti Nasi Lemak, Bihun Bebola Daging dan Kari Ayam. Tapi saya ni memang nak makan fast food, jadi saya pun order fast food.
 
Saya teringin sangat nak cuba ayam goreng kat sini. Jadi saya order 3 pieces Broasted Chicken. Saya makan 2 pieces je, satu lagi Mr. Hubby makan. 



Mr. Hubby pula pilih set Fish Burger. 



Juga ada pilihan menu untuk kanak-kanak. Untuk Hasya saya orderkan set 8 pieces Chickies berserta kentang lenyek, kentang goreng dan milo ais. 




Kesimpulannya, sedap juga makan kat sini.  Ayam gorengnya ada rasa lada hitam. Fish burger dia pun sedap. Lain kali boleh cuba menu lain pula. Tapi lambat lagilah, sebab lama lagi nak balik Sarawak. 

Tuesday, September 25, 2012

Naik Feri Kota Samarahan...

 
Ada 2 pilihan jalan untuk sampai ke Kuching dari Kg Mr. Hubby di Asajaya, Sarawak. Pengguna kenderaan boleh memilih untuk menggunakan jalan darat yang jaraknya agak jauh atau memendekkan perjalanan dengan menaiki Feri.


Feri Samarahan ini merentasi Sungai Sabang seluas 243 meter. 



Perkhidmatan feri ini bermula dari tahun 1979. Seperti Feri Pulau Pinang yang ada macam-mana nama, Feri Kota Samarahan ini juga ada nama. Kali ini kami naik Feri Primrose IX.



Bayaran yang dikenakan untuk sebuah kereta adalam RM1.00. Saya terlupa nak tanya Mr. Hubby, berapa pula bayarannya kalau naik motor. 



Inilah feri yang menyambung perjalanan penduduk Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau ke Bandaraya Kuching. Feri ini tidak beroperasi 24 jam. Ada waktu berehatnya, terutamanya sewaktu air surut. 



Khabarnya, jambatan baru akan dibuat bagi memudahkan penduduk berulang-alik. Maklumlah perkhidmatan feri yang ada tidak dapat menampung pertambahan penduduk yang pesat. 




Sekiranya projek jambatan yang dijangka siap pada 2016 ini berjaya, maka satu sejarah akan terukir kerana jambatan ini merupakan jambatan terpanjang di negeri Sarawak iaitu sepanjang 1.48 kilometer.
Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional, meskipun lama sungguh penduduk sekitar menunggu jambatan ini. Semoga terlaksana.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120619/dn_23/Kerajaan-bina-jambatan-terpanjang-di-Sarawak-bernilai-RM230-juta

 


Wednesday, September 19, 2012

Step by Step... Kari Ketam Nipah




Hari tu saya ada kata yang saya akan kongsi satu lagi resepi masak Ketam Nipah. Masakan ni pun saya masak semasa berada di Kuching, Sarawak. Masakan yang saya nak kongsi hari ni ialah Kari Ketam Nipah.
 
Oleh kerana semasa saya masak ketam ni saya masih berada di bumi Kenyalang, maka ada bahan yang tak cukup. Contohnya, saya tak jumpa daun kari jadi saya tak pakailah daun kari. Kalau guna daun kari, mesti lagi wangi kari ni.
 
 
 
Bahan-bahan
4 ekor ketam nipah
sepeket serbuk kari (saya guna kari ikan Babas) -bancuh dengan satu cawan air
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 batang kulit kayu manis
2 buah pelaga
1 keping asam keping
setangkai daun kari
garam secukup rasa
 
 
Cara-cara
Cuci dan potong dua ketam.
 



Tumis bahan-bahan kisar, kayu manis, buah pelaga dan daun kari sehingga berbau wangi dan kering sedikit.



Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi. Kacau sehingga mendidih.



Masukkan ketam, asam keping dan kacau sehingga ketam masak.




Simple je tapi kuah kari ni manis dan sedap rasa dia. Mr. Hubby sangat suka kari ni. 


Saturday, September 15, 2012

Mi Kolok @Sarawak... Part II (versi Goreng)

Mi Kolok oh Mi Kolok. Kalau diberi pilihan antara Mi Kolok Sup atau Goreng, saya tak perlukan masa untuk memilih kerana jawapan saya adalah Mi Kolok Goreng. Maka, apabila malam sebelumnya kami menikmati Mi Kolok Sup, keesokan malamnya saya mengajak Mr. Hubby untuk mencari Mi Kolok Goreng.
 
Mencari Mi Kolok Goreng memang amat mudah di Bandaraya Kuching ini tapi mencari Mi Kolok Goreng yang super awesome mungkin sedikit mencabar. Oleh kerana Mr Hubby sendiri sudah jadi kurang arif dengan selok-belok tempat makan di sekitar bandaraya ini, maka kami berpusing-pusing di sekeliling bandar meninjau potensi untuk mendapatkan Mi Kolok terbaik.
 
Akhirnya saya mencadangkan kepada Mr. Hubby, "Apa kata kita makan di gerai-gerai berdekatan dengan Pasar Satok?" Mr. Hubby bersetuju dengan cadangan saya memandangkan gerai-gerai di sekitar Pasar satok tersebut memang mempunyai menu yang pelbagai. Tambahan pula, ayah Mr. Hubby kirim untuk beli sate ayam. Tidak seperti Mi Kolok, sate ayam tidaklah begitu senang untuk ditemui. Tambah-tambah pula pada musim Aidilfitri ini.
 
Perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama untuk ke pusat bandar. FYI di Kuching kami tinggal di rumah adik Mr. Hubby. Untuk ke Satok, hanya mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.
 
Tentunya gerai-gerai di satok ini sungguh meriah pada sebelah malam. Hampir semua gerai menawarkan menu Mi Kolok, tapi yang mana satu Mi Kolok yang sedap? Akhirnya kami memilih untuk duduk di gerai yang berdekatan dengan gerai sate. Yelah 3 in 1, boleh order sate untuk ayah, makan sate dan makan mi kolok goreng.
 
Gerai yang kami pilih ni memang ramai pengunjung. Justeru, agak 10 minit jugalah menunggu Mi Kolok. Apabila Mi Kolok Goreng yang diorder sampai, rupa Mi Kolok ini sungguh menawan kalbu.
 
Perrgghh awesome!
 
 
Bukan sahaja rupanya yang menarik, tapi rasanya memang super awesome. Tidak seperti Mi Kolok yang saya makan sebelum ini, daging mi kolok ni dimasak dengan ada perisa. Sebelum ni cuma hirisan daging yang direbus. Mr. Hubby pun suka sangat ngan rasa Mi Kolok Goreng ni.
 

 
 
Justeru, memang licinlah pinggan!
 
abis dah
 
 
 
Selain daripada Mi Kolok Goreng, kami juga order 10 cucuk sate. Sedap jugalah sate ayam ni cuma sate ni kurang moist sebab dicucuk isi semata-mata. Kami lagi suka kalau sate ni diselang-selikan isi dengan kulit/lemak. Sate daging di sini juga sedap.
 
sate ayam & daging

 
 
Akhir kata, pencarian mi kolok  di Bandaraya Miow Miow ni memang berjaya. Lain kali kami datang lagi ye... Blurppp, kenyang sungguh...
 
 
 


Thursday, September 13, 2012

Mi Kolok @Sarawak... Part I (versi sup)



Tak habis-habis lagi nampaknya saya menulis tentang bumi Kenyalang dan keistimewaan makanan-makanan di sini. Dan nampaknya, tak sah lah pula kalau tak bercerita tentang Mi Kolok. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mi Kolok, patutlah cuba mencari Mi ini kerana rasanya tidak sama dengan Mi2 yang lain yang pernah anda makan. Yang pentingnya, rasa Mi Kolok ini memang sedap.
 
Kalau nak cari Mi Kolok di Semenanjung Malaysia, memanglah amat payah. Bukan tak ada, ada je. Tapi bagaikan mencari sebutir permata di padang pasir. Punyalah payah nak jumpa. Kalau nasib baik tu bolehlah jumpa. Berbeza sekali dengan mencari Mi Kolok di Kuching, Sarawak, memang teramatlah mudah dicari. 
 
Selain daripada nama Kolok atau Kolo, Mi ini juga dikenali sebagai Mi Kering dan Mi Rangkai. Ada 2 pilihan cara hidangan mi iaitu Mi Kolok Goreng dan Mi Kolok Sup. Dua-dua pun memang lazat sangat. Tapi saya suka lebih sedikit kepada Mi Kolok Goreng. Tapi entry Part I ni kita cerita pasal Mi Kolok Sup dulu.


first time datang sini



Memang banyak sungguh gerai, restoran dan tempat makan yang menjual Mi Kolok di Bandaraya Kuching. Akhirnya pemanduan Mr. Hubby berhenti di Kubah Ria. Di sini  konsep yang dibuat seperti food court, memang banyak pilihan makanan. Meskipun masih dalam musim Hari Raya, pengunjung di Kubah Ria ini sangat ramai dan suasana sangat meriah.





Kali ini kami keluar berlima, Mr. Hubby, saya, Hasya dan dua adik perempuan Mr. Hubby. Khayra kena tinggal dengan nenek kat rumah.




Hmm.. Mari kita lihat menu. Selain daripada Mi Kolok, ada juga dijual Mi2 lain dan juga sup. 



Tapi sudah pastinya kami order Mi Kolok. Mi Kolok dihidang bersama sup dan kicap dan dicampur dengan hirisan daging. 




Untuk memeriahkan lagi hidangan, kami memesan ABC dan jus.




Nanti kita sambung tentang Mi Kolok Goreng pula. Memang favorite saya. Ish, tension tul tulis entry Mi Kolok ni sebabnya saya dah ada di KL, tolong bagitau saya mana  nak cari Mi Kolok awesome kat ibukota ni? :P   


Sunday, September 9, 2012

Terubuk Bakar @Sarawak



Ikan terubuk memang popular di Sarawak. Ini kerana ikan ini memang membiak di perairan Laut China Selatan. Tambahan pula rasanya memang sedap meskipun mempunyai tulang yang banyak. Tempat paling happening untuk mendapatkan ikan terubuk adalah di Pasar Satok, Kuching.

Maka, sudah tentulah setiap kali pulang ke kampung Mr. Hubby, saya akan dapat makan ikan terubuk. Bukan ikan terubuk masin sahaja tau, tapi yang lebih sedap lagi = ikan terubuk bakar. Cara my mom in law bakar terubuk, memang simple je. Tak perlu sediakan rempah-ratus yang susah-susah. Terubuk bakar my mom in law cuma terlebih dahulu digaul dengan garam dan kunyit.

Terubuk bakar dan masak


Kalau nak bakar terubuk, pilihlah ikan yang saiznya besar-besar sikit. Barulah isinya terasa moist kerana banyak lemak.

letak dalam dulang


Terubuk bakar sedap dicicah dengan air asam. Makan dengan nasi putih memang terasa awesomenya. Tapi kena berhati-hati sebab ikan ni memang banyak tulang. Kalau gelojoh sangat, nescaya akan tercekik tulang. Tulang ikan ni berbentuk `Y', jadi kesannya lebih teruk sekiranya tercekik tulang `Y' ni.

Walau pun ikan ni banyak tulang, saya tak perlu bimbang. Sebabnya, telur ikan ni adalah untuk saya hehehehe...

p.s.: Tetiba rasa lapar bila tengok gambar ikan ni..



Thursday, September 6, 2012

Step by Step.. Ambal (Siput Buluh) Goreng Berlada

Nampaknya, ambal memang mudah didapati di Asajaya, Sarawak. Sepanjang seminggu lebih saya berada di daerah ini, 2 kali Mr. Hubby membeli ambal untuk saya membuat eksperimen masakan. Hari ni saya akan berkongsi resepi Ambal Goreng Berlada. Resepi ini juga amat sesuai dengan selera Semenanjung yang serasi dengan rasa pedas, manis dan masin.
 
 
 
Di sini saya nak cerita sedikit pengalaman memasak ambal. Untuk resepi ini, saya terlebih dahulu melumurkan ambal dengan garam dan kunyit. Selepas itu, ambal ini saya gorengkan terlebih dahulu. Yang menariknya, semasa saya menyudu garam dan serbuk kunyit ke atas ambal, siput ini masih hidup dan keluar masuk dari cengkerangnya dengan begitu pantas. Mungkin sekali garam dan kunyit ini sungguh berbisa apabila mengenai siput ini. Apa-apapun, jangan bimbang kerana ambal ini akan mati apabila anda menggorengnya. Sama je macam kerang. Dah kena rebus/goreng, takkan tak mati kan?
Hahaha...
 
Bahan-bahan
 
 
1/2 kilogram ambal (dicuci dan tos)
12 tangkai cili kering (dibuang biji, dikisar)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1sk asam jawa (ambil airnya)
garam dan gula secukupnya (biar ada rasa manis sikit la)
 
serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng
 
 
Cara-cara
 
Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ambal.
 
 
 
Panaskan minyak, goreng ambal seketika. Lebih kurang 5 minit. Angkat dan toskan.
 
 
 
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga agak kering dan berbau wangi.
 
 
 
 
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ambal dan goreng kaup terbalikkan hingga sebati.
 

 
 
Sedia untuk dihidang dan dimakan dengan nasi putih.
 
 
 
Sedap je masak camni. Yummy...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...