Wednesday, September 19, 2012

Step by Step... Kari Ketam Nipah




Hari tu saya ada kata yang saya akan kongsi satu lagi resepi masak Ketam Nipah. Masakan ni pun saya masak semasa berada di Kuching, Sarawak. Masakan yang saya nak kongsi hari ni ialah Kari Ketam Nipah.
 
Oleh kerana semasa saya masak ketam ni saya masih berada di bumi Kenyalang, maka ada bahan yang tak cukup. Contohnya, saya tak jumpa daun kari jadi saya tak pakailah daun kari. Kalau guna daun kari, mesti lagi wangi kari ni.
 
 
 
Bahan-bahan
4 ekor ketam nipah
sepeket serbuk kari (saya guna kari ikan Babas) -bancuh dengan satu cawan air
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 batang kulit kayu manis
2 buah pelaga
1 keping asam keping
setangkai daun kari
garam secukup rasa
 
 
Cara-cara
Cuci dan potong dua ketam.
 



Tumis bahan-bahan kisar, kayu manis, buah pelaga dan daun kari sehingga berbau wangi dan kering sedikit.



Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi. Kacau sehingga mendidih.



Masukkan ketam, asam keping dan kacau sehingga ketam masak.




Simple je tapi kuah kari ni manis dan sedap rasa dia. Mr. Hubby sangat suka kari ni. 


No comments: