Ikan terubuk memang popular di Sarawak. Ini kerana ikan ini memang membiak di perairan Laut China Selatan. Tambahan pula rasanya memang sedap meskipun mempunyai tulang yang banyak. Tempat paling happening untuk mendapatkan ikan terubuk adalah di Pasar Satok, Kuching.
Maka, sudah tentulah setiap kali pulang ke kampung Mr. Hubby, saya akan dapat makan ikan terubuk. Bukan ikan terubuk masin sahaja tau, tapi yang lebih sedap lagi = ikan terubuk bakar. Cara my mom in law bakar terubuk, memang simple je. Tak perlu sediakan rempah-ratus yang susah-susah. Terubuk bakar my mom in law cuma terlebih dahulu digaul dengan garam dan kunyit.
Terubuk bakar dan masak |
Kalau nak bakar terubuk, pilihlah ikan yang saiznya besar-besar sikit. Barulah isinya terasa moist kerana banyak lemak.
letak dalam dulang |
Terubuk bakar sedap dicicah dengan air asam. Makan dengan nasi putih memang terasa awesomenya. Tapi kena berhati-hati sebab ikan ni memang banyak tulang. Kalau gelojoh sangat, nescaya akan tercekik tulang. Tulang ikan ni berbentuk `Y', jadi kesannya lebih teruk sekiranya tercekik tulang `Y' ni.
Walau pun ikan ni banyak tulang, saya tak perlu bimbang. Sebabnya, telur ikan ni adalah untuk saya hehehehe...
p.s.: Tetiba rasa lapar bila tengok gambar ikan ni..
4 comments:
Hi.. Just want to know... do you marinate the fish first???
Hi. Just coated the fish with salt n tumeric powder.
kuching, kat mana nak cari ikan terubuk bakar camni? ikan terubuk masin banyakla., ;p
Kat pasar basah ada.. Tak pun yang orang jual ikan tepi2 jalan.
Post a Comment