Sunday, October 7, 2012

Step by Step... Ground Beef Pizza

 


Hari ni nak buat pizza. Hasya asyik tanya nak buat pizza. Mula-mula ingat nak buat Tuna Seafood Pizza. Tapi takde pula stok tuna kat rumah. Jadi saya ubah perisa pizza. Kali ni nak buat Ground Beef Pizza.

 
 
Bila buka peti sejuk untuk keluarkan daging kisar, terpandang pula sosej yang dah lama tak digunakan. Eh, apa kata buat pizza macam kat pizza hut, yang ada kepingan sosej yang dililit di sekitar bulatan pizza. Jom cuba.

seslice pizza yummy!
 
 
 
Bahan-bahan (doh untuk pizza saiz besar)

 
200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

 

Untuk topping

 
200gm daging kisar
7 keping sosej (dicelur seketika)
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2sk dried oregano flakes
1/4sk black pepper
garam secukup rasa
Tomato paste/tomato puri/tomato sos secukupnya
 
keju mozarella dan cheddar secukupnya
 
Cara-cara
 
Saya masukkan semua bahan untuk doh pizza dalam breadmaker dan pilih fungsi uli doh. Selepas sejam 30 minit, doh sudah siap diuli.
 
 
 
Sementara tu saya panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah minyak panas saya masukkan bawang merah dan bawang putih kisar.
 
 
 
 
Setelah bahan kisar agak kering dan berbau wangi saya masukkan daging kisar, lada hitam dan garam. Setelah daging agak kering dan masak, saya tutup api dan ketepikan.
 
 
 
Saya keluarkan doh, uli-uli sebentar guna tangan dan kemudian canai atas loyang bulat. Doh yang dicanai lebih kurang 0.5cm. Kali ni canai besar sedikit kerana nak lilit sosej pada lilitan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu.
 
Ambil sekeping sosej dan lilitkan dengan rapi pada keliling pizza, sehingga seluruh pizza dililit rapi dengan sosej.


 
 
Sapukan tomato paste pada permukaan pizza.

 
 
Tabur daging kisar dan oregano.

 
 
Tabur keju Mozarella dan cheddar.

 
 
Panaskan oven 200 darjah celcius. Bakar pizza selama 12-15 minit hingga permukaan pizza sedikit perang.


masuk oven

dah masak
 
 
Sedapnya makan pizza ni panas-panas. Mr. Hubby dan Hasya sangat suka dengan pizza ni. Boleh habis walaupun saiz besar.


Sesuai untuk yang suka sosej dan daging



Bon appetit.
 
 
 
 
 
 

 

2 comments:

Cik Masyarah Muhamed said...

Boleh saya tau, susu tepung guna brand apa ye? Boleh pakai brand apa2 je ke?:)

weezana said...

Guna je brand apa2, sama je.. :)