Ada 2 pilihan jalan untuk sampai ke Kuching dari Kg Mr. Hubby di Asajaya, Sarawak. Pengguna kenderaan boleh memilih untuk menggunakan jalan darat yang jaraknya agak jauh atau memendekkan perjalanan dengan menaiki Feri.
Perkhidmatan feri ini bermula dari tahun 1979. Seperti Feri Pulau Pinang yang ada macam-mana nama, Feri Kota Samarahan ini juga ada nama. Kali ini kami naik Feri Primrose IX.
Bayaran yang dikenakan untuk sebuah kereta adalam RM1.00. Saya terlupa nak tanya Mr. Hubby, berapa pula bayarannya kalau naik motor.
Inilah feri yang menyambung perjalanan penduduk Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau ke Bandaraya Kuching. Feri ini tidak beroperasi 24 jam. Ada waktu berehatnya, terutamanya sewaktu air surut.
Khabarnya, jambatan baru akan dibuat bagi memudahkan penduduk berulang-alik. Maklumlah perkhidmatan feri yang ada tidak dapat menampung pertambahan penduduk yang pesat.
Sekiranya projek jambatan yang dijangka siap pada 2016 ini berjaya, maka satu sejarah akan terukir kerana jambatan ini merupakan jambatan terpanjang di negeri Sarawak iaitu sepanjang 1.48 kilometer.
Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional, meskipun lama sungguh penduduk sekitar menunggu jambatan ini. Semoga terlaksana.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120619/dn_23/Kerajaan-bina-jambatan-terpanjang-di-Sarawak-bernilai-RM230-juta
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120619/dn_23/Kerajaan-bina-jambatan-terpanjang-di-Sarawak-bernilai-RM230-juta
No comments:
Post a Comment