Entry ini adalah sambungan kepada entry semalam, tentang `Bagaimana nak jadi seorang yang romantik?"
"AND IN THE END, THE LOVE YOU TAKE IS EQUAL TO THE LOVE YOU MAKE"
Lelaki selalu ada alasan-alasan klasik yang amatlah sangap untuk tidak bersikap romantik. Diharap janganlah begitu, kerana kesangapan pasangan anda akan menjadikan anda tidak menarik pada mata si dia. Jauhilah mitos-mitos lagenda yang tidak ada benarnya seperti:
Berikut adalah tips-tips yang seterusnya:
11. Beli buku panduan mengenai bandar tempat anda tinggal. Lawatlah ke tempat2 yang belum pernah dilawati. (Anda boleh menggoogle untuk cara yang lebih jimat). Contohnya: Pernahkah anda melawat ke Taman Burung? Planetarium Negara? Pusat Sains Negara? Tempat-tempat ini mungkin tak berapa romantik, tapi dengan melawat tempat2 ini bersama pasangan anda, anda boleh mencipta suasana yang romantik.
17. Tanya pada si dia, makanan yang ingin dinikmati. Biarkan 2-3 hari atau sehingga dia lupa. Kemudian, masakkan makanan tersebut (jika tak pandai boleh google resipi atau beli di luar atau book restaurant yang digemari oleh si dia). The best ways to anyone's heart is through his or her stomach. Bon appetit!
18. Love is... kejutkan si dia bangun dengan sentuhan yang lembut dan ciuman selamat pagi.
Harus diingat, gender bukanlah alasan untuk tidak menjadi individu yang romantik. Sama ada perempuan atau lelaki, romantik adalah penting untuk kehidupan yang bahagia dan gembira sentiasa. Saya memetik quote daripada `The Beatles' yang dilakarkan pada dinding Hard Rock Cafe Niagara Falls:
"AND IN THE END, THE LOVE YOU TAKE IS EQUAL TO THE LOVE YOU MAKE"
Lelaki selalu ada alasan-alasan klasik yang amatlah sangap untuk tidak bersikap romantik. Diharap janganlah begitu, kerana kesangapan pasangan anda akan menjadikan anda tidak menarik pada mata si dia. Jauhilah mitos-mitos lagenda yang tidak ada benarnya seperti:
"Real Men Aren't Romantic" (alasan paling mitos)
"I'd like to, but I just don't have the time" (alasan sibuk dan pemalas)
"Maybe next week" (sikap bertangguh)
"Being romantic is going to cost me a fortune" (sikap berkira dan kedekut)
Berikut adalah tips-tips yang seterusnya:
11. Beli buku panduan mengenai bandar tempat anda tinggal. Lawatlah ke tempat2 yang belum pernah dilawati. (Anda boleh menggoogle untuk cara yang lebih jimat). Contohnya: Pernahkah anda melawat ke Taman Burung? Planetarium Negara? Pusat Sains Negara? Tempat-tempat ini mungkin tak berapa romantik, tapi dengan melawat tempat2 ini bersama pasangan anda, anda boleh mencipta suasana yang romantik.
12. Selepas mengucapkan `goodbye' (ketika nak pergi kerja atau mana2), toleh sekali lagi dan berikan ciuman dari jauh (blow a kiss/flying kiss).
13. Bawa balik sebotol scented massage oil sebagai hadiah. Beli yang aromanya boleh menimbulkan suasana romantik. You figure out the rest....
14. Telefon si dia semasa di tempat kerja semata-mata untuk mengucapkan `I love you'. Boleh juga gunakan istilah2 dalam pelbagai bahasa untuk panggilan-panggilan seterusnya seperti:
-Te amo (Spanish)
-Je t'aime (French)
-Ich liebe dich (German)
-Ai shite imasu (Japanese)
-Wo ai ni (Chinese)
-Nagligivaget (Eskimo)
-Aloha wau ia oe (Hawaiian)
-Jag alskar dig (Swedish)
15. Create perkara-perkara yang mengejutkan si dia. Contohnya dengan membeli tiket-tiket untuk ke konsert, theater, perlawanan bola atau cinema. Jangan beritahu si dia perancangan anda, cuma minta si dia untuk mengavailablekan dirinya semasa tarikh tersebut. Misteri mengenai surprise event ini akan mendatangkan mood gembira dan romantik kepada si dia.
16. Apabila bercakap dengan si dia, renung ke arah matanya, bukan sekadar memandang sekilas sahaja. One's eyes are a"window into one's soul".
17. Tanya pada si dia, makanan yang ingin dinikmati. Biarkan 2-3 hari atau sehingga dia lupa. Kemudian, masakkan makanan tersebut (jika tak pandai boleh google resipi atau beli di luar atau book restaurant yang digemari oleh si dia). The best ways to anyone's heart is through his or her stomach. Bon appetit!
18. Love is... kejutkan si dia bangun dengan sentuhan yang lembut dan ciuman selamat pagi.
19. Untuk wanita: Jangan memaksa si dia memilih anda atau hobinya (memancing, bola sepak, video games, kereta & sbgnya). If you can't beat 'em, join 'em. Sertai aktiviti2 yang si dia suka walaupun anda benci akan aktiviti tersebut.
20. Untuk suasana yang terlebih romantik:
-Tutup mata pasangan anda dengan kain (blindfold)
-Pimpin dia untuk duduk di meja makan.
-Suapkan dia dengan makanan-makanan lazat seperti ice-cream, cheese cake, coklat Hershey, strawberry, Yogurt dan biskut coklat.
Akhir kata:
"The Essence of Romance is Communication"