Friday, July 29, 2011

How to Please your Boss (Tips untuk sesapa yg bekerja direct bwh bos besar)

 
Ramai di antara kita ni makan gaji. Jadi kita tentu ada boss. Hari ni saya nak beri tips bagaimana nak membuat boss kita suka dan senang bekerja dengan kita. Almaklum, boss is always right jadi kalau hati dia tak senang, nanti kita pula yang kena tendang.
 
Tips ini lebih berfokus kepada special officer/pegawai khas/pegawai tugas-tugas khas atau sesiapa yang bertugas secara langsung dengan big boss (CEO, COO dan sebagai). Tapi secara umumnya tips ini berguna untuk semua kakitangan marhaen seperti saya :)

1. Sentiasa angguk, cakap `ya' dan cakap `ok', walaupun arahan yang diberikan tidak difahami atau memang mustahil untuk dibuat. Kena cakap ok dulu, lepas tu belakang cerita.
 
2. Jauhi amalan EL (Emergency Leave) atau bercuti pada saat-saat bos memerlukan anda.
 
3. Bersedia untuk datang awal dan balik lambat. Terutamanya apabila diberi tugas tiba-tiba pada saat anda mahu mengemas beg untuk pulang.
 
4. Boleh menjawab telefon dan membalas SMS pada bila-bila masa sekalipun jam menunjukkan pukul 12.15 am dan bos anda menelefon untuk bertanya tentang jadualnya untuk esok.

5. Boleh menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dengan pantas, lengkap dan baik. Kepantasan amatlah penting kerana bos besar tidak punya masa yang panjang untuk dateline.
 
6. Sentiasa senyum dan kelihatan gembira apabila bercakap dengan boss.
 
7. Jangan lupa ucap `terima kasih' sekalipun sepatutnya bos kita yang ucap terima kasih sebab kita siapkan paperwork dia.

8. Jangan cakap perkara-perkara yang buruk tentang bos kita di hadapan orang lain. Dunia ni kecik, nanti bos kita tau.

9. Kena jujur pada bos. Kalau sekali kita tipu, nanti selama-lamanya bos tak percaya.

10. Bersedia untuk menyalahkan diri sendiri untuk cover kesalahan yang dibuat oleh bos. Contohnya kalau bos tersalah minit surat, kita kenalah cover kesilapan dia. Kadang-kadang tu kena mengaku kononnya kesalahan tu kita yang buat!

Sebabnya, bos besar mesti nampak hebat dan unggul di mata orang lain. Jadi, kita kena pastikan bos jadi yang terbaik untuk kita juga tumpang sama keunggulan yang dimiliki oleh dia. Win-win situation gitu....

No comments: